Dikala ini, puas puak - puak Pakatan Haramjadah tu menyalak - nyalak tak tentu arah menuduh pihak Kerajaan berkonspirasi terhadap Si Ketua Penipu tu sehingga dipenjarakan di Sungai Buloh.
Tuduhan mereka, pihak Kerajaan sengaja mahu menzalimi rakyat dengan memenjarakan Si Ketua Penipu tu bagi memastikan kedudukan serta sokongan terhadap Kerajaan itu terus kekal.
(Itu yang buat kita rasa hairan. Kenapa diorang pulak yang terasa dizalimi sedangkan yang kena penjara Si Ketua Penipu tu sorang je? Bukannya semua rakyat Malaysia dipenjarakan sekali.)
Jika sebelum ini, Si Ketua Penipu tu sendiri pernah tampil menyatakan bahawa tindakan untuk menghumban dia ke penjara tidak akan dapat mengubah keadaan semasa. Sebaliknya kekal seperti sedia kala.
Si Ketua Penipu tu turut mendakwa, keadaan ekonomi Negara pada ketika ini akan terus kekal menurun sementara kos sara hidup rakyat pula terus akan meningkat biar pun dia dipenjarakan.
(Maknanya, Si Ketua Penipu tu cuba ingin menegaskan bahawa hanya dia sahaja yang mampu selesaikan masa ekonomi yang bukan sekadar melanda Negara tetapi turut melibatkan seluruh dunia.)
Memang benar semua yang dinyatakan oleh Si Ketua Penipu tu. Tindakan menghumban dia ke penjara bukan sahaja tidak akan mengubah keadaan semasa, tetapi tidak juga memberi keuntungan kepada dirinya.
Tapi malangnya, disebabkan dia telah dihumban masuk ke penjara membuatkan pihak Kerajaan membuat pengumuman untuk menurunkan harga tarik elektrik sebanyak RM 2.25 sen/kWj bermula 1 Mac.
PUTRAJAYA – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air hari ini mengumumkan penurunan tarif elektrik bagi pengguna domestik di Semenanjung Malaysia sebanyak 2.25 sen setiap per kilowatt-jam (kWh) berkuat kuasa 1 Mac sehingga 30 Jun tahun ini selaras dengan penjimatan semakan semula kos bahan api dan kos penjanaan (ICPT).
Menterinya, Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili berkata, keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Kabinet pagi ini dan pengurangan itu bakal memberi manfaat kepada pengguna yang menggunakan melebihi 300 kWh sebulan.
Beliau berkata, keputusan itu juga akan membolehkan pengguna-pengguna domestik bakal menikmati pengurangan bil elektrik dalam lingkungan RM13.50 sehingga RM45 sebulan berdasarkan kadar penggunaan bulanan elektrik.
Mungkin itu yang boleh dikatakan sebagai konspirasi Kerajaan yang sengaja mahu menzalimi rakyat dengan memenjarakan Si Ketua Penipu tu kot. Kalau Si Ketua Penipu tu tak ke penjara, mustahil tarif elektrik tu akan turun.
Sepatutnya puak - puak dikalangan Pakatan Haramjadah tu bersyukur apabila Si Ketua Penipu tu dipenjarakan. Kalau dia terus bebas, mana mungkin diorang dapat peluang untuk merampas Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang!!! - seterusnya, klik sini...
Berapa banyak konspirasi da.......percayalah kepada qada'dan qadar. Jangan terikut kapir sebab mereka xda rukun iman.
BalasPadam