Khamis, Februari 12, 2015

Memalukan! Dari satu sudut, memang nampak sangat yang Pak Mus ni cuba nak menonjolkan sifat MUNAFIKnya sebagai seorang pemimpin apabila sendiri pun bercakap berbelit - belit.

Jika sebelum ini, ketika ditanya oleh pihak media, Si Pak Mus tu kata pihaknya tidak akan layan pendedahan yang dibuat oleh sekumpulan pendemonstran di Ibupejabat PAS Ahad lepas.

Malah Si Pak Mus tu juga turut menolak memorandum yang telah diserahkan oleh wakil pendemonstran tersebut kepada Penolong Setiausaha Agung PAS sewaktu mengadakan demonstrasi.

Tapi hari ini, lain pulak yang dinyatakan oleh Si Pak Mus tu kepada pihak media. Katanya, PAS Pusat cukup mengambil berat soal yang dibangkitkan oleh pendemontsran tersebut sebelum ini.

Bahkan Pak Mus juga turut menegaskan bahawa jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan siasatan secara menyeluruh bagi menentukan dakwaan serta pendedahan yang telah dibuat oleh mereka.
SHAH ALAM: PAS akan menyiasat memorandum dan demonstrasi di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur Ahad lalu, kata Datuk Mustafa Ali, yang turut meminta pengarah operasi Pusat Penyelidikan PAS (PPP) agar jangan "cirit birit mulut dan tulisan" dalam menjalankan tugasnya.

Setiausaha Agung PAS itu berkata beliau meminjam kata-kata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan mengingatkan Dr Mohd Zuhdi Marzuki agar "jangan selalu sangat cirit birit mulut".


"Ini kerana, Zuhdi bukan sahaja cirit birit mulut, tetapi tangan pun, kerana ada tulisan dan cakapnya yang berikan persepsi negatif kepada PAS," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider.
Nah!!! Tidakkah itu membuktikan bahawa Si Pak Mus tu telah menonjolkan sikap MUNAFIKnya secara terang - terangan apabila bercakap dengan pihak media sebelum ini?

Hanya setelah mendapat desakan serta kritikan dari pelbagai pihak, baru Si Pak Mus tu nak ambik tindakan? Tidakkah itu juga membuktikan bahawa Si Pak Mus tu bukan seorang yang beramanah?

Sepatutnya, sebagai seorang Setiausaha Agung, Si Pak Mus tu perlu mengambil tanggungjawab dan menjalankan tugas yang telah diberikan kepadanya. Bukan hanya sekadar meng-Tong-Sampah-kan pendedahan yang telah dibuat oleh orang bawahan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Pohon Blogmaster membantu seorang usahawan melayu yang teraniaya ini dengan menyiarkan video beliau di dalam blog tuan.

    http://suarabina.blogspot.com/2015/02/keluh-kisah-seorang-peniaga-melayu.html

    Hanya Allah akan balas budi baik tuan kerana membantu hamba Allah yang dalam kesusahan.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping