GAGAL!!! GAGAL!!! GAGAL!!! Hanya itu sahaja yang boleh kita katakan kepada Si Menteri Besar Selangor yang baru tu. Dia ternyata GAGAL menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Jika sebelum ini, Si Menteri Besar Selangor yang baru tu mahu memperlihatkan dirinya sebagai 'Jokowi Selangor' yang ambik berat dengan suara rakyat yang berada dibawah pimpinannya.
Tapi ternyata, selepas lebih dari 100 hari Si Menteri Besar Selangor yang baru tu memegang tampuk pemerintahan Rejim Pakatan di Selangor, dia mula menonjolkan wajahnya yang sebenar.
Sudah la sewaktu nak merampas jawatan MB Selangor tu sebelum ini dia sanggup mengkhianati Presiden partinya sendiri dengan melobi orang lain supaya menyokongnya senyap - senyap.
Kali ini Si MB Selangor yang baru tu dilihat cuba mengkhianati janji yang telah ditaburkan sebelum ini serta membelakangi kepentingan rakyat dengan tidak mempedulikan suara mereka.
Bahkan lebih teruk dari itu. Si MB Selangor yang baru tu juga turut mendakwa yang dia tak kenal dengan penduduk - penduduk yang mengadakan bantahan projek Datum Jelatek itu sendiri.
(Artikel Berkaitan: ENGGAN TERIMA KENYATAAN, AZMIN BUAT DAKWAAN SENDIRI!!!)
Hanya kerana semata - mata dia takde keberanian yang berdepan dengan KEBENARAN, Si Azmin Ali tu dengan mudah membuat andaian serta kesimpulannya sendiri tanpa memperdulikan rakyat.
Bagi dia, bantahan yang dikemukakan oleh penduduk sekitar kawasan Projek Datum Jelatek tu sengaja mempergunakan sentimen yang berbaur perkauman yang sarat dengan agenda Rasisme.
Tindakan Si Azmin tu yang membuatkan kita tertanya - tanya, apa dah jadi sebenarnya? Siapa yang telah menculik Si Azmin yang sebelum ini sanggup lakukan apa sahaja untuk rakyat dibawah pimpinannya?
Kalau sewaktu mula - mula Si Azmin tu menjejakkan kaki ke pejabat SUK Selangor, dia sanggup terjun dalam longkang demi untuk memastikan kepentingan dan kebajikan rakyat dijaga.
Tapi kenapa bila diajak untuk bertemu dan berbincang mengenai Projek Datum Jelatek, Si Menteri Besar Selangor tu kecut buah kerandutnya? Kenapa dia takut nak bersemuka dengan rakyat?
Apa yang jelas, Si Azmin tu pada hakikatnya bukan la seperti apa yang dia banggakan selama hari ini. Dia hanya sekadar berpura - pura nak menjaga Kebajikan Rakyat sedangkan dia hanya setakat menjaga Kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.