Isnin, Februari 16, 2015

Heh! Nampak gayanya, Si Phahrolrazi ni bukan sahaja tak sudah - sudah meroyan tak tentu arah. Bahkan dia juga dilihat mula hilang akal dek kerana pemergiaan Allahyarham Nik Aziz.

Tapi, jangan salah sangka pulak. Sebenarnya, Si Phahrorazi tu meroyan bukan kerana dia sangat kepada Allahyarham. Sebaliknya, dia hany mahu mempergunakan nama Mursyidul Am PAS itu sahaja.

Realitinya, semua orang pun tahu bahawa Si Phahrolrazi ni masih lagi giat menjalankan kempen untuk menggugurkan Hadi Awang sebagai Presiden PAS dibawah PASMa-Cai yang dipimpinnya.

Maka sebab itu pada ketika ini, Si Phahrolrazi tu sedang menjaja cerita kononnya dengan ketiadaan Allahyarham Nik Aziz, maka benteng untuk penyatuan UMNO-PAS itu sudah roboh.
“Dulu kita nampak tokoh itu kuatkan Pakatan dan tolak hubungan (PAS) dengan Umno. (Presiden PAS ketika itu Datuk) Ustaz Fadzil Noor disokong kuat Tok Guru Nik Aziz. Sekarang tokoh kuat Pakatan itu tidak ada,” katanya.
Menyifatkan Allahyarham Nik Aziz sedemikian rupa membuktikan bahawa Si Phahrolrazi itu bukan sahaja tidak menghormatinya sebagai seorang pemimpin dan Mursyidul Am PAS.

Malah dia juga turut membuat tuduhan yang bukan - bukan terhadap kepimpinan PAS sedia ada yang KONONnya didakwa mahu bertindak menjalinkan hubungan dengan UMNO.

Persoalannya, kenapa Si Phahrolrazi tu dengki sangat jika UMNO dan PAS bergabung serta menjalinkan kerjasama diantara mereka? Sakitnya Si Phahrolrazi tu dimana jika perkara itu berlaku?

Adakah Si Phahrolrazi tu lebih suka sekiranya umat Islam dan bangsa Melayu di Malaysia ni terus berpecah belah diakibatkan ketamakkan kuasa dan nafsu buas dia yang tidak dapat dikawalnya sendiri?

Adakah Si Phahrolrazi itu mahu terus melihat umat Islam di Malaysia ni berbalah sesama sendiri hanya semata - mata berdasarkan kepada kepentingan Politik Peribadi masing - masing?

Hakikatnya, apa yang dilakukan oleh Si Phahrolrazi tu yang menjaja cerita sedemikian boleh juga dianggap sebagai satu Pengkhianatan, bukan sahaja terhadap PAS. Tetapi turut melibatkan seluruh umat Islam serta bangsa Melayu di Malaysia!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping