Gelaran atau pangkat lebih bermakna sekiranya diberi kepada artis tempatan kerana mereka bekerja dan menetap di negara ini, kerana ia tidak bermakna kepada artis luar negara di peringkat antarabangsa, kata pengamal industri hiburan tanah air.
Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, pihaknya tidak mempersoalkan penganugerahan gelaran "Datuk" yang diterima pelakon Hong Kong Jackie Chan, namun yakin dia tidak akan menggunakan gelaran tersebut di peringkat antarabangsa.
Malah, Jurey berkata, adalah lebih "manis" jika artis daripada kalangan anak-anak tempatan dianugerahi gelaran tersebut berdasarkan sumbangan mereka kepada negara.
"Lebih elok kita bagi orang yang lebih berjasa, tapi hak penganugerahan itu hak mutlak kerajaan, kalau pemilihan itu dibuat Kementerian Wilayah Persekutuan, meraka berhak dapat. Kita tidak mempersoalkan siapa-siapa yang terima, tapi bagi kita, kalaulah dipertimbangkan orang-orang yang berjasa di Malaysia ini lebih baik.
"Kita tahu anugerah itu di luar negara itu tiada nilainya, tapi di Malaysia ada, kita tidak tahu apa sebab Jackie dipilih, tetapi kita tidak persoalkan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Semalam, Chan, 60, dikurniakan anugerah Panglima Mahkota Wilayah (PMW) yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Wilayah Persekutuan.
Ia menimbulkan kritikan meluas di laman Facebook dan Twitter, dengan pengguna mempersoalkan sumbangan pelakon antarabangsa itu kepada Malaysia.
Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi berkata, Malaysia sendiri mempunyai artis yang lebih layak menerima gelaran tersebut atas sumbangan dan jasa mereka kepada industri seni tanah air.
Namun, amalan yang dapat dilihat di negara ini, katanya, adalah artis hanya akan menerima penganugerahan dan gelaran selepas kematian mereka.
"Orang seni bila dah meninggal baru nak bagi gelaran, kita perlu iktiraf artis kita dahulu, baru artis luar kerana jasa artis Malaysia lebih banyak.
"Adakah Jackie Chan buat sumbangan kepada negara yang kita tidak tahu, ada laksanakan tanggungjawab sosial tapi kita tidak dengar? Kita minta badan bertanggungjawab kaji, orang seni kita yang lebih baik lebih afdal jika terima gelaran," katanya.
PS: Isu macam tu pun nak dibesar - besarkan? Kalau tengok dari satu sudut, macam diorang ni tak puas hati sebab diri sendiri tak dapat gelaran pun ada jugak. Mungkin sebab tu la diorang meroyan tak tentu arah!!!
Kebanyakan artis Malaysia mana ada jasa..takat buat filem dan jual muka. Dapat untung simpan sendiri..ada la juga yg byk memberi tapi byk yang dah dpt Dato tak kira la beli ka apa..
BalasPadamnak jadi datuk apa ada susah.....dapat cucu otomatik jadi DATUK. kalut sungguh.....
BalasPadam