Isnin, Mac 02, 2015

Haduyai!!! Bila ada orang gelarkan dia sebagai seorang pemimpin yang Bahlol, tau pulak dia nak marah. Nanti ramai yang kata, tak baik kita melabelkan orang sesuka hati dan tentu arah.

Tapi hakikatnya, dia memang Bahlol pun. Tak reti nak membezakan perjuangan PAS dan pertubuhan yang ditubuhkannya sendiri sehingga terpaksa menonjolkan kemaluan dikhalayak ramai.

Realitinya, orang macam Si Phahrolrazi ni sebenarnya hanya mendahagakan perhatian dan ingin mencari 'Publisiti Murahan' demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri.

Jika semalam, Si Phahrolrazi tu tampil dengan menyatakan bahawa pertubuhan PASMa-Cai yang diketuainya pada ketika ini tidak menjadikan perlaksanaan Hukum Hudud sebagai agenda utama.
Yang dia jadi Ketua PASMa-Cai tu pun dah satu hal. Sebelum ini, dia nafikan yang dia merupakan Presiden kepada pertubuhan tersebut. Sekarang, dia pulak yang beria - ia nak jadi 'Kepala'.

Tinggal lagi, kenyataan yang dibuat berhubung isu perlaksanaan Hukum Hudud itu memang sudah kita jangkakan. Jadi, untuk apa Si Phahrolrazi tu nak mendedahkan kepada pihak media?

Masyarakat secara umum sendiri tahu dan arif bahawa hala tuju penubuhan PASMa-Cai itu adalah demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin - pemimpin tertentu sahaja.

Termasuk la diri dia sendiri agar dia terus mendapat sokongan dan dokongan dari kalangan rakan - rakan sekutu didalam Pakatan dan tidak perlu bergantung harap kepada PAS semata - mata.

Ini disebabkan Si Phahrolrazi itu sendiri sedar bahawa dia tidak lagi mempunyai tempat sebagai seorang pemimpin apabila dia sebelum ini yang menjadi punca kekalahan PAS di Negeri Kedah.

Selama memerintah selama satu penggal, Si Phahrolrazi ini jugak yang menjadi 'Gunting Dalam Lipatan' yang tampil mengkritik dan mengecam segala tindakan Rejim PAS di Kedah.

Jadi, apa nak heran kalau dia juga sanggup menubuhkan sebuah NGO dan bergabung dengan pihak luar untuk menjahanamkan PAS sedangkan dia pernah buat benda yang sama sebelum ini?

Cuma apa yang kita heran ialah kenapa PAS sendiri tidak mengambil tindakan tegas terhadap seorang ahli yang jelas, terang dan nyata cuba menjahanamkan parti itu secara terbuka yang hanya tahu nak menjaga kepentingan Politik Peribadi dia je semata - mata!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PAS dgn PASMA kan adik beradik satu ibu satu bapa..
    2 x 5 aje..
    Perosak Agama, Bangsa dan Negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping