Posting malam ini kita lari sikit dari tajuk 'Mainstream' dan menumpukan perhatian kepada isu yang dah banyak kali dibangkitkan tapi masih tidak mendapat sebarang kesan secara menyeluruh.
Biarpun isu berhubung sikap bagi sesetengah pemimpin UMNO ini sudah boleh dianggap sebagai satu isu basi yang seringkali dibangkitkan, tapi nampak gayanya ada yang masih tak sedar.
Bila kita sebut tentang 'Pemimpin UMNO', ianya bukan hanya sekadar merujuk kepada Perdana Menteri dan mereka yang menjawat jawatan tinggi sahaja. Tapi ianya secara keseluruhan.
Maknanya, pemimpin UMNO yang digesa supaya mereka berubah ni juga terdiri dari kalangan Ketua Bahagian, Timbalan Ketua Bahagian, Naib Ketua Bahagian, Setiausaha dan ketua - ketua Sayap.
Hakikatnya, kesemua pemimpin UMNO inilah yang perlu sedia untuk berubah. Sepatutnya, mereka ini yang paling WAJIB untuk berubah bagi memantapkan lagi UMNO dikalangan masyarakat.
Bukan hanya setakat Perdana Menteri sahaja yang perlu berubah, tetapi diperingkat bawahan pun begitu juga. Jangan JUMUD-kan pemikiran dalam 'kotak' yang sudah ketinggalan zaman.
Zaman sekarang, semua orang sudah pandai menilai. Semua orang sudah pandai melihat dimana baik dan buruknya UMNO itu sendiri. Dan tidak perlu nak dinafikan, pemimpin itu sendiri yang memainkan peranan.
Soalnya, sampai bila pemimpin - pemimpin UMNO di Bahagian ni nak kekal JUMUD dengan kotak pemikiran lama mereka? Selama mana mereka masih nak berlagak sombong tak tentu arah?
Secara relatifnya, pemimpin UMNO diperingkat Bahagian ni perlu bersedia untuk ditegur. Mereka perlu pandai untuk mengambil perhatian terhadap setiap teguran yang diberikan oleh ahli.
Tapi malangnya, mereka yang menegur itu pulak yang dilabelkan sebagai 'Pemberontak' yang cuba nak merosakkan parti atau nak menentang untuk menjatuhkan kepimpinan di Bahagian.
Ini membuktikan bahawa pemimpin UMNO di Bahagian itu masih lagi JUMUD dengan kotak permikiran lama mereka. Mereka masih anggap diri mereka sentiasa betul dan tidak pernah salah.
Sedangkan Rasulullah S.A.W pun pernah ditegur oleh para sahabatnya. Begitu juga dengan pemimpin - pemimpin terdahulu. Adakah pemimpin - pemimpin UMNO ini tidak belajar daripadanya?
Apa yang pasti, setiap teguran itu sudah pasti ada sebabnya. Seperti mana yang dikata kan seorang pemimpin lama, "When the people speak, there must be something wrong somewhere."
Maka sebagai pemimpin yang matang, mereka perlu mengambil sikap terbuka dan menerima teguran yang diberikan. Mereka perlu hadapi pihak yang menegur itu secara terbuka.
Cari sebab kenapa mereka menegur. Buat sesi dialog dengan mereka secara tertutup untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan dan dekati mereka. Jangan pulak mereka nak disisihkan begitu sahaja.
Pemimpin UMNO diperingkat Bahagian perlu sedar hakikat bahawa orang ramai bukannya menyampah dengan perjuangan UMNO. Tapi diorang MELUAT tengok perangai pemimpin UMNO yang masih lagi JUMUD dan tak sedarkan diri!!!
Macam mana pemimpin nak berubah,ahli bawahan yg memilih pemimpin tak berubah.Cuba ahli yg memilih pemimpin berubah,pemimpin pun akan terpaksa berubah,kalau mereka tak berubah ahli akan mengubah mereka.Dalam keadaan sekarang kalau pemimpin berubah,ahli tak berubah,pemimpin yg berubah tidak akan terpilih lagi.
BalasPadamBenar tu!
PadamSalah ahli2 bawahan yg takde telor utk memilih pemimpin yg berwibawa.
BalasPadamBukan salah ibu mengandung.
Bukan salah ahli juga. Tapi pemimpin diperingkat atasan tu juga yang tak pandai menjaga diri sendiri. Mereka dah dipilih, jadi, mereka perlu menjalankan tanggungjawab mereka sendiri. Yang memilih hanya diberi kuasa sehari untuk memilih. Tapi yang dipilih ada tempoh yang cukup panjang untuk menjalankan tugas masing - masing. Bukannya main lepas tangan!!!
BalasPadamSoal ahli yang memilih tu, tak de kaitan dengan orang luar yang bukan ahli dan yang tidak memilih kepimpinan tu... jadi kenapa pulak nak disalahkan ahli? Yang dilihat orang rakyat yang Non Partisan, bukannya ahli yang memilih... tapi pemimpin yang dipilih... itu yang buat diorang menyampah...
BalasPadamBetul. Perubahan penuh.
BalasPadamNAK BERUBAH MACAMANA KALAU ADA KETUA BAHGIAN MASIH MENGURUSKAN BAHGIANYA MACAM SYARIKAT SDN BHD MILIKNYA DGN MELANTIK ORANG YG BARU JADI AHLI DUA HARI DUDUK DI PERINGKAT BAHGIAN. SEDANGKAN ADA AJK DI CAWANGAN YG DAH BERKHIDMAT HAMPIR TIGA PULOH THN.
PadamKALAU ADA MASA DATANG LAH JALAN2 KE SUBANG.
Dlm umno pun byk parasit.. play safe x sudah.. menikus demi menjaga perut sendiri..
BalasPadamBetul tu... pertahan kuasa yg ada.. klo x nanti rugiiii..
PadamPringkat bhwhan jgk adalah sgt penting menentukan pemimpin..kdg2 pemimpin yg tak tahu buat krj pun blh mng..mslh dlm umno cukup ketara sebenarnya..org yg mmpu buat krj bila di prngkat pemilihan pun blh kalah..sebenarnya anasir2 rasuah cukup kuat dlm pemilihan bahagian..ini sy nafikan..di bhgian sy..smp bila pun jika anasir rasuah masih berluasa di hari pemilihan..sampai bila pun umno tdk akan mendapat pemimpin yg berkeliber..yg umno dpt hanyalah pemimpin yg korap..
BalasPadamDatuk noh cuba risik2 apa berlaku kt subang tu. Dua hari jadi ahli umno pun boleh duduk kerusi di bahgian tu ? Kami yg otai di cawangan ni tengok je.
BalasPadam