Selasa, Mac 03, 2015

Mau ada yang hilang akal jika mereka baca kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nik Abduh ni. Mau ada yang sampai tahap berguling - guling atas jalan raya dibuatnya nanti.

Jika selama hari ini, semua orang tau yang Allahyarham Nik Aziz cukup membenci UMNO dan jijik bila mendengar isu Perpaduan Ummah dibangkitkan dikalangan orang PAS.

Tapi, pendedahan yang dibuat oleh Si Nik Abduh ni memang satu perkara yang mengejutkan semua orang apabila dia kata Allahyarham Nik Aziz tidak mengajar dia agar membenci UMNO.

Kata anak kepada Allahyarham Mantan Mursyidul Am PAS tu, ayahandanya tidak mengajar dan membesarkan dia serta rakyat untuk 'memukul UMNO' secara bertalu - talu.
"Ayahanda mendidik saya bukan dengan memukul Umno dan BN. Saya juga mengenal ayahanda saya mendidik rakyat bukan dengan memukul Umno dan BN bertalu-talu."
Itu jawapan yang diberikan oleh Si Nik Abduh apabila dia dituduh sebagai wakil kepada kumpulan yang Pro 'Perpaduan Ummah' atau yang digelarkan kumpulan UG.

Sudah pasti kenyataan yang dikeluarkan melalui akaun Facebook peribadi milik Si Nik Abduh ini akan membuatkan beberapa orang pemimpin PAS 'Panas Punggung' tak tentu arah.

Mana tidaknya. Selama hari ini mereka jugak yang menjaja cerita agar membenci UMNO seperti mana yang pernah didoktrinkan oleh Allahyarham Nik Aziz sebelum ini.

Jelas Si Nik Abduh lagi, Allahyarham Ayahandanya itu juga turut menegaskan agar tidak terlalu ghairah untuk menentang UMNO sejak dia menuntut ilmu di kampus lagi.
"(Sewaktu) berkuliah itu, jangan asyik pukul Umno, asyik cakap politik saja. Beri ilmu agama kepada masyarakat hatta masa ceramah politik (apatah lagi dalam kuliah agama).


"Jangan asyik ikut orang lain. Kita ada ilmu, kita beri ilmu. Orang tidak ada ilmu, dia tidak boleh memberi apa yang orang berilmu boleh beri," Nik Abduh memetik pesan bapanya. 
"Anda hanya mengenal ayahanda saya melalui ceramah politik dan aktiviti politiknya sahaja. Maka sisi itulah yang anda mengenali ayahanda. Anda beruntung dapat ilmu politik daripadanya.


"Tetapi saya lebih beruntung kerana mendapat ilmu kehidupan daripadanya," tambahnya, tanpa menghuraikan lebih jelas kenyataannya itu.
Maka jelas lah sekarang bahawa hala tuju dan kisah dongeng yang disampaikan oleh pemimpin PAS selama hari ini adalah tidak benar sama sekali. PAS tidak membenci UMNO.

Allayarham Nik Aziz juga tidak membenci UMNO dan tidak mendidik anak - anaknya untuk membenci UMNO. Cuma orang disekeliling je yang sibuk menyebarkan propaganda agar umat Islam di Malaysia ni saling berbalah dan bermusuhan antara satu sama lain!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping