Itu persoalan yang perlu dijelaskan oleh puak - puak yang memang jelas tak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi Biro Penyelidikan PAS Pusat sebelum ini.
Adakah ianya satu tindakan 'Haram' untuk mengkritik mana - mana pemimpin PAS yang jelas tidak sehaluan dan sanggup mempertahankan dasar perjuangan parti itu sendiri secara terbuka?
Sedangkan hakikatnya, kenyataan yang dibuat oleh Dr Zuhdi hanya merujuk kepada pendirian yang dinyatakan oleh Si Phahrolrazi mengenai hala tuju puak - puak PASMA-Cai tu sebelum ini.
"Saya melihat dari sudut lain yang lebih kreatif, penubuhan parti baru oleh PasMa adalah sebagai sebuah inovasi politik, meskipun natijahnya PAS akan berpecah dua," kata Zuhdi merujuk kepada Pertubuhan Ummah Sejahtera Malaysia atau PasMa.
Memang jelas, terang dan nyata bahawa keutamaan pertubuhan yang dikepalai oleh pemimpin PAS itu tidak mendokong dasar perjuangan yang selama ini dipertahankan oleh PAS.
(Artikel Berkaitan: Apa Yang Si Bahlol Razi Mengarut Ni!!!)
Jadi, adakah ianya salah untuk Dr. Zuhdi mempertahankan agenda parti dan mendesak agar mana - mana pemimpin yang tidak sehaluan bertindak untuk keluar serta menubuhkan parti baru?
Jika kita lihat kenyataan - kenyataan yang dikeluarkan oleh blogger - blogger Pro Pakatan Haramjadah, mereka beranggapan seolah - olah Si Dr. Zuhdi tu telah melakukan satu Dosa Besar dan perlu dihukum.
Bahkan, ada dikalangan mereka yang melabelkan Si Dr. Zuhdi tu sebagai 'SB UMNO' didalam PAS dan turut menggelarkan dia sebagai 'Bangang' hanya kerana dia bertindak menegakkan Kebenaran.
Nampak sangat yang blogger - blogger Pro Pakatan itu cukup tersinggung dan 'Panas Punggung' dengan kenyataan yang dibuat oleh Dr. Zuhdi berhubung isu pendirian yang dinyatakan sebelum ini.
Mereka bukan sahaja tidak boleh menerima 'Kebenaran' tetapi juga berasa 'Jijik' apabila pekung pemimpin parti itu dipaparkan kepada umum. Kalau boleh, diorang nak selindungkan pekung tu.
Realitinya, pertelagahan yang berlaku diantara pemimpin PAS ini hanya sekadar untuk menipu rakyat dan menghangatkan lagi pemilihan parti Jun nanti. Bukannya diorang bertelagah demi untuk menjaga kebajikan dan memelihara kepentingan rakyat!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.