Wah!!! Patut la cuak semacam je Si Azmin ni. Dengar - dengar cerita, katanya Si Khalid Ibrahim tu bakal jadi Menteri Besar semula bila ada khabar angin kata 5 orang ADUN dari PKR akan keluar parti.
Maka, tak mustahil la sekiranya Si Khalid Ibrahim tu dilihat semakin hari semakin rapat dengan puak - puak PAS sehingga sanggup bawak Si Hadi Awang ikut dia sampai ke Jakarta, Indonesia.
(Artikel Berkaitan: Gempar!!! Khalid Ibrahim Bakal Sertai PAS!!!)
Jika benar 5 orang ADUN PKR tu akan keluar parti, maka tak salah la jika ada yang kata Si Khalid Ibrahim tu bakal menyertai PAS bagi memberikan laluan untuk menjadi Menteri Besar semula.
Tapi, ada jugak orang yang cerita. Kes pasal 5 orang ADUN PKR yang didakwa akan bertindak keluar dari parti tersebut sebenarnya kecewa kerana mereka dipinggirkan dari kartel Azmin Ali.
Katanya, mereka tidak mendapat kelebihan kerana sebelum ini mereka dilihat lebih menyokong kepimpinan Khalid Ibrahim dan turut mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh Si Azmin tu.
Jika dakwaan tu benar, sudah pasti Si Azmin tu akan mengepung mereka yang berkenaan dan ikat mereka dengan habuan yang lumayan sekaligus menggagalkan usaha untuk menggulingkannya.
Perkara seumpama itu tak pelik jika ianya berlaku. Lagi pun, puak - puak PKR ni semuanya jenis mementingkan diri belaka. Jadi, kalau bab nak terima habuan ni diorang tak kisah sangat. Janji, kepentingan Politik peribadi mereka sendiri terjaga!!! Soal halal haram ni boleh tolak ke tepi!!!
Kuala Lumpur – Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dijangka akan kembali menerajui Selangor bagi mengantikan Azmin Ali.
Menurut sumber SuaraTV, satu perjumpaan rahsia antara Khalid dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah diadakan di Jakarta bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
“Apa yang boleh saya katakan pada ketika ini, Tan Sri (Khalid) memang ada mengadakan perjumpaan bersama Hadi di Jakarta semalam. Namun untuk pengesahan ada baiknya ia disahkan oleh Tan Sri sendiri apabila dia pulang esok” katanya kepada SuaraTV sebentar tadi.
Menurutnya dalam pebincangan itu ada 5 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dari PKR yang akan mengumumkan untuk ‘melompat’ sekaligus menyatakan sokongan terhadap Khalid.
“Dengan sokongan Pas dan Umno ditambah dengan beberapa orang Adun dari PKR itu, Tan Sri dijangka bakal memperolehi mojoriti mudah. Usul mengenainya akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor dalam masa yang terdekat bagi membolehkan kerajaan baru dibentuk” ujarnya lagi.
PS: Nampak gayanya, tak selesai lagi kemelut kepimpinan Pakatan Haramjadah tu di Selangor rupanya!!! Lepas satu persatu isu baru timbul. Penyudahnya, rakyat jugak yang merana!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.