Rabu, April 08, 2015

Seorang anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menyelar Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali kerana  bertindak mempertahankan tanah Loji Rawatan Air (LRA) Bukit Nanas dan Semenyih sebagai milik kerajaan negeri.

Datuk Mohd Shamsudin Lias (BN-Sungai Burong) berkata, tindakan menteri besar itu akan menyebabkan perjanjian utama penstrukturan semula industri air tertangguh dan gagal dimuktamadkan.
"Kerajaan negeri tidak sepatutnya menyenaraikan aset milik Kerajaan Persekutuan sebagai aset kerajaan negeri.
"Tindakan itu hanya akan menyebabkan perjanjian tersebut tidak boleh dikuatkuasakan kerana bertentangan dengan Kanun Tanah Negara," katanya kepada pemberita di lobi Dewan Undangan Negeri Selangor di sini, Selasa.
Beliau berkata, status tanah LRA Bukit Nanas dan Semenyih sehingga kini tidak dapat diputuskan kerana perjanjian utama penstrukturan semula industri air masih di peringkat rundingan.
"Walaupun kedua-dua aset tersebut disenaraikan dalam perjanjian (air), tetapi ia masih di peringkat proses rundingan...ini kerana perjanjian air itu belum pun dikuatkuasakan," katanya.
Kerajaan Selangor mendakwa tanah LRA Bukit Nanas dan LRA Semenyih merupakan milik kerajaan negeri seperti mana yang disenaraikan dalam perjanjian utama penstrukturan semula industri air yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan pada 12 September lepas.

Malah Si Menteri Besar Selangor yang baru itu juga turut menuduh, penyenaraian aset tanah tersebut telah dibuat oleh bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim sebelum ini.

Kata Azmin, isu tanah tersebut punca pihaknya membatalkan rundingan penstrukturan yang ditandatangani bersama Kerajaan Persekutuan sebelum bersetuju untuk berunding semula pada 23 Mac lepas.

Kesimpulannya, Si Azmin Ali tu hanya sekadar pandai untuk menyalahkan orang lain dan cuba MENIPU demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri. Bukannya dia peduli sangat pun dengan keperluan rakyat!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Azmin dan air berpisah tiada....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa plak ... Assmin dan Aiskrim la ...

      Padam
  2. Masalah air..Azmin. Masalah Azmin...air.Lamalama jadi Azmin air @ Air Azmin.
    Cu cari cerita lain...

    BalasPadam
  3. Masalah Azmin dan bilek air...

    BalasPadam
  4. Nasib Assmin amat baik kerana ADUN Umno yang ada byk yang 'half past six'

    BalasPadam
  5. sibuk dengan tanah orang lain ... tanah yang sejemput kat umah tu boleh pulak bagi kat orang ... tak kisah pun Assmin

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping