Ahad, April 26, 2015

PAS ingat diorang siapa nak suruh Si Azmin tu buat permohonan maaf secara terbuka kepada mereka? Diorang lupa ke siapa Si Azmin tu sekrang ni? Dia Menteri Besar Selangor tau.

Malah, Si Azmin tu merupakan Timbalan Presiden PKR yang ada kedudukan tinggi serta bakal menggantikan Si Wan Azizah tu dalam PKR tak lama lagi. Jadi, PAS jangan la bermimpi disiang hari dan mengharapkan Si Azmin tu nak mintak maaf dengan diorang!!!
AIDC - Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menafikan membuat permohonan maaf secara peribadi kepada PAS berkaitan pendirian partinya membantah rancangan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai hudud.

Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa PAS Permatang Pauh, Jamsari Salleh yang dilaporkan oleh theSun sebagai berkata bahawa kawasan itu kini akan menyokong PKR kerana parti itu telah membuat permohonan maaf.

Azmin dilaporkan menegaskan bahawa perjumpaan selama sejam dengan PAS malam tadi di Seberang Jaya adalah untuk menjelaskan ‘salah faham’ antara kedua-dua parti pembangkang itu.

"Jadi, tidak timbul soal permohonan maaf," kata Azmin ketika ditemui di SP Arena di Seberang Jaya malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas PKR mengumumkan Presidennya Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon parti itu dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Azmin berkata perjumpaan itu dihadiri oleh beberapa pemimpin tinggi PAS termasuk Timbalan Presiden, Mohamad Sabu, Pesuruhjaya 11 PAS Pulau Pinang Datuk Salleh Man dan Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

Omar sebelum ini berkata PAS Permatang Pauh akan memboikot pilihan raya kecil jika PKR gagal memohon maaf atas keputusan parti itu tidak menyokong langkah Hadi mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud di Parlimen.

Azmin berkata Mat Sabu, yang mempengerusikan perjumpaan itu, mengulangi keputusan kepimpinan pusat PAS pada 13 April bahawa parti itu akan menyokong PKR dalam PRK itu.

Mat Sabu melaporkan Omar sendiri telah membuat persediaan untuk jentera kawasan itu untuk membantu PKR sejak 12 Mac, tambah Azmin.

Apabila ditanya, Azmin berkata isu boikot tidak timbul kerana dalam mana-mana parti, ahli akar umbi mengambil arahan dari kepimpinan pusat parti.

Ditanya laporan media yang mengatakan ‘Omar hanya akan mengambil arahan dari Hadi’, Azmin berkata: “Itu adalah perkara dalaman mereka.”
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Mat sabu tu memang barua Dap. Sekarang dia mahu dikenali sebagai Mat Sabu Toh mengambil sempena peranannya sebagai macai yg rela makan babi bersama Tokong Guan Eng

    BalasPadam
  2. Apa halbazmin nk mintak maap pada pas ?
    Sedar diri sikit.

    BalasPadam
  3. Pas dan Pkr, party pemecah bangsa Melayu, SiKitul akhir zaman.

    BalasPadam
  4. kasihan nya aku pada pas.....bermimpi disiang hari jer laaa...Parti Angan2 Saja.

    BalasPadam
  5. PAS memang bodoh....full stop.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping