Jumaat, April 24, 2015

Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang membidas sikap Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa kerana mengamalkan kepimpinan ‘kuku besi’ dan berat sebelah dalam kemelut pakatan pembangkang yang berlaku ketika ini.

Ketuanya, Mohd Yusni Mat Piah berkata, sikap ego dan suka memihak Mujahid kepada parti sekutu PAS iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) tanpa mengambil kira pandangan ahli akar umbi adalah amat dikesali.
"Sebagai Pengarah Operasi PRK Permatang Pauh peringkat negeri, beliau sepatutnya turun mendengar isu yang dibangkitkan oleh akar umbi dan membawa hasrat mereka ke peringkat atas khususnya dalam beberapa perbincangan bersama PKR yang dihadirnya. Akan tetapi beliau mengambil tindakan sebaliknya dengan memihak kepada PKR serta menyerang emosi akar umbi.
"Pemuda PAS Pulau Pinang kecewa kerana beliau masih mengulangi sikap ego dan autokratik yang sama serta mudah menunding jari, melabel dan menyalahkan orang lain. Ini melukakan hati petugas PAS," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.
Selain itu Pemuda PAS Pulau Pinang turut kecewa dengan sikap timbalan presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS negeri, Mohamad Sabu kerana gagal memainkan peranannya menyelesaikan kemelut yang dibangkitkan ahli akar umbi.
"Mat Sabu juga gagal memainkan peranannya menyelesaikan isu ini. Seperti Mujahid, beliau juga tidak turun bertemu akar umbi PAS di Permatang Pauh.
"Kegagalan mereka berdua ini untuk turun berbincang sejak awal isu ini tercetus, menyebabkan isu ini bertambah keruh. Lebih-lebih lagi mereka berulang kali mengeluarkan kenyataan keras kepada akar umbi di Permatang Pauh sehingga mencederakan emosi mereka," katanya.
Sebelum ini Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang dan PAS Kawasan Permatang Pauh memberi kata dua kepada PKR supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka yang menolak pelaksaan hukum hudud di Kelantan.

Kesimpulannya, kalau dikalangan ahli - ahli PAS pun yang bersuara diorang boleh buat - buat tak tau, inikan pulak dengan rakyat yang lansung takde kaitan dengan diorang. Lagi la diorang buat - buat pekak badak!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping