Jumaat, April 24, 2015

Rasanya hari ini semua orang dah tahu bagaimana Presiden PAS tu sendiri terdiam kaku dan tak reti nak jawab soalan dari kalangan peserta yang menyertai Forum Bicara Minda sebelum ini.

Sudah pasti ada diantara kita yang tertanya - tanya, kenapa Si Hadi Awang tu boleh terkedu apabila dia diasak oleh mereka yang hadir dengan soalan berkaitan dengan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu.

Jika kita lihat dari satu sudut, soalan yang dikemukakan oleh peserta tu cukup mudah. Dan soal kenapa peserta tu tanya soalan tu pun juga boleh dianggap satu persoalan yang cukup mudah juga.

Soalannya, siapa yang perlu dipilih dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh nanti? Itu je soalan yang diajukan oleh peserta kepada Si Hadi Awang tu selaku Presiden PAS Pusat.

Dan persoalan kenapa peserta itu bangkit bertanyakan soalan itu juga mudah, dia jelas tidak faham dengan pendirian yang dibuat oleh PAS sendiri terhadap isu perlaksanaan Hukum Hudud tu.

Kalau sebelum ini, kepimpinan PAS Kawasan Permatang Pauh membuat desakan terhadap PKR yang bakal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh agar mereka meminta maaf secara terbuka.

Selain itu, PAS Kawasan Permatang Pauh juga turut mendesak agar Wan Azizah selaku Presiden PKR menarik balik keputusan mereka untuk tidak menyokong isu perlaksanaan Hukum Hudud tu.

Tapi persoalannya, kenapa ada dikalangan pemimpin - pemimpin PAS sendiri yang tidak menyokong desakan serta usul yang dibangkitkan oleh PAS Kawasan Permatang Pauh tu sendiri?

Kenapa mereka pulak yang dilihat cuba nak membelakangkan suara ahli diperingkat akar umbi sehingga mendesak agar mereka akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan PAS Pusat?

Punca Hadi Awang terpaksa berhadapan dengan persoalan itu sebelum ini adalah disebabkan kerana pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri tak istiqomah dalam perjuangan mereka.

Bahkan, pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri yang dilihat mula 'Takut dengan Bayang - Bayang' sendiri sehingga menganggap isu perlaksanaan Hukum Hudud tu satu perkara Taboo.

Malah, nak menjadikan isu perlaksanaan Hukum Hudud tu sebagai agenda perjuangan parti pun mereka takut. Nak sebut pasal isu Hudud dalam kempen Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin pun diorang ketar lutut.

Jadi, tak pelik la kalau Si Hadi Awang tu boleh terkancing mulut nak menjawab persoalan yang diajukan kepada dia sebelum ini sebab pemimpin - pemimpin PAS sendiri pun TAKUT nak menegakkan Kebenaran hanya sekadar untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. hadi adalah arkitek kerosakan umat islam dinegara ini.

    sejak puluhan tahun dosa hadi kepada Allah berbukit bergunung besarnya. hadi menjadi kafir hari ini disebabkan dia nyanyuk, musuh islam dan maha besar kerosakan umat islam dinegara iiiini juga kerana hadi.

    sekarang kegilaan hendak berkuasa menjadi2, semuanya halal jika pas buat sekalipon sanjung penjubur, sanjung munafik dan lahanat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping