Khamis, April 09, 2015

Huh! Kalau tak menabur fitnah dan buat cerita yang bukan - bukan, memang bukan Rafizi la namanya. Si Mamat yang suka buat kerja Haramjadah ni memang suka main serkap jarang.

Dia rasa diri dia dah terlebih bijak. Tapi, dia lupa. Langit tak sentiasanya cerah. Ada kalanya, kantoi jugak penipuan dan pembohongan yang cuba dijadikan bahan Politik Murahan dia.

Hakikatnya, masih ramai lagi rakyat Malaysia ni yang bijak dan bertanggungjawab. Bukannya macam dia tu. Nama je jadi Ahli Parlimen. Tapi kerjanya asyik suka menabur fitnah je!!! Bila suruh jaga kebajikan rakyat, tak reti pulak dia nak buat!!!
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia hari ini menafikan dakwaan ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa kerajaan Malaysia telah membeli enam unit kereta BMW 7 Series.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Alan Harris berkata kenderaan itu adalah tanda komitmen BMW Group Malaysia sebagai rakan penaja bagi Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Katanya, BMW Group Malaysia katanya akan menyediakan kenderaan BMW 7 Series dan BMW 5 Series yang akan digunakan sebagai kenderaan rasmi kepada tetamu kehormat, pegawai dan VIP pada persidangan terbesar Asia Tenggara hujung bulan ini.

Salah sebuah kereta mewah BMW yang akan digunakan di Persidangan Kemuncak ASEAN ke-26 bertempat di Kuala Lumpur dan Langkawi bermula 24 hingga 28 April 2015.

Sebelum ini di Parlimen, Rafizi berkata kerajaan Persekutuan patut memberikan penjelasan dakwaan pembelian kereta mewah BMW 7-Series sedangkan rakyat menanggung Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).


Ekoran penafian itu, Rafizi, di laman Facebooknya meluahkan rasa syukur bukan duit GST yang digunakan untuk pembelian kereta-kereta tersebut.
PS: Adalah disarankan supaya pihak BMW Group Malaysia tu ambik tindakan undang - undang terhadap Si Rafizi ni. Saman je dia sampai bankrap. Baru dia tau langit tu tinggi ke tidak!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. Duit GST? Gst baru start belum submit apa2 pun kat kastam untuk penaksiran gst. Klau tipu orng bodoh boleh la. Klau hidup duk cari kesalahan org dn jdi fitnah tk akan hidup aman dunia dn akhirat...

    BalasPadam
  2. Saman jangan tak saman........ Kalu utusan cakap pasal tokong benda sama tentu dah kena saman......

    BalasPadam
  3. ?"$#& :-)@ bertopengkan manusia.

    BalasPadam
  4. Masalahnya tindakan terlalu lembut dan lembab.dah nak terbarai baru kelamkabut itulah mentaliti dan cara najib

    BalasPadam
  5. Hutang negara termasuk hutang kerajaan+hutang GLC+hutang swasta dan individu. Makin banyak pembangunan dan kilang maka makin banyak hutang. Hutang dibuat selepas penilaian hasil dan keuntungan dari projek. Nisbah hutang awam Greece ialah sekitar 175 peratus. Bagaimanapun, jika anda berfikir bahawa ini adalah sesuatu yang tidak baik, kedudukan Jepun adalah lebih teruk pada nisbah 228 peratus.
    Itali berkedudukan nombor lima dengan catatan 134 peratus. Singapura berada di kedudukan nombor 11 (107 peratus). Perancis pula 96 peratus, Kanada (93 peratus), UK (87 peratus), Austria (80 peratus), Jerman (75 peratus), Amerika Syarikat (71 peratus), manakala Malaysia berada di kedudukan bawah dalam senarai iaitu nombor 63 dengan catatan 54 peratus. Pembangkang terus mengatakan bahawa Malaysia kini menuju ke arah kebankrapan. Namun hakikatnya Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing.Masalahnya ialah pembangkang hanya mengambil kesempatan mensensasikan atau memperkatakan isu ini tanpa disokong dengan fakta dan statistik.

    BalasPadam
  6. Huatang negara termasuk hutang kerajaan+hutang GLC+ hutang swasta+hutang individu. Kerajaan berhutang untuk pembangunan. Makin banyak perniagaan dan kilang makin banyak hutang. Hutang dibuat selepas penilain projek memberi keuntungan. Nisbah hutang awam Greece ialah sekitar 175 peratus. Bagaimanapun, jika anda berfikir bahawa ini adalah sesuatu yang tidak baik, kedudukan Jepun adalah lebih teruk pada nisbah 228 peratus.Itali berkedudukan nombor lima dengan catatan 134 peratus. Singapura berada di kedudukan nombor 11 (107 peratus).Perancis pula 96 peratus, Kanada (93 peratus), UK (87 peratus), Austria (80 peratus), Jerman (75 peratus), Amerika Syarikat (71 peratus), manakala Malaysia berada di kedudukan bawah dalam senarai iaitu nombor 63 dengan catatan 54 peratus.Pembangkang terus mengatakan bahawa Malaysia kini menuju ke arah kebankrapan.Namun hakikatnya Malaysia masih menjadi destinasi pelaburan asing.Masalahnya ialah pembangkang hanya mengambil kesempatan mensensasikan atau memperkatakan isu ini tanpa disokong dengan fakta dan statistik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping