Alahai!!! Malang sungguh nasib Si Wan Azizah ni. Hidup - hidup dia kena kencing dengan puak - puak PAS tu di Permatang Pauh. Dah tak pasal - pasal je basah habis muka dia sekarang ni.
Jika semalam, kita dah siarkan desakan yang dibuat oleh PAS Kawasan Permatang Pauh yang enggan memberikan kerjasama kepada PKR sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi terlebih dahulu.
PAS Kawasan Permatang Pauh dalam satu kenyataan yang disiarkan sebelum ini membuat ketetapan, mendesak PKR memohon maaf dan menarik balik keputusan untuk tidak menyokong Hukum Hudud.
(Artikel Berkaitan: Nenek Kipas Kantoi Menipu Rakyat!!!)
Walaupun isu itu sudah pun dibangkitkan oleh kepimpinan PAS dikawasan Permatang Pauh sebelum ini, namun Si Wan Azizah tu tetap juga enggan menerima hakikat Kebenarannya.
Dia tetap juga mahu menafikan perkara tersebut dengan menegaskan bahawa dia telah pun berjumpa dengan Yang DiPertua PAS Kawasan tersebut bagi mendapatkan sokongan mereka.
(Baca Artikel Tersebut: Wan Azizah Malu Bila Kainnya Dah Terlondeh!!!)
Tapi ternyata, apa yang dinyatakan oleh Si Wan Azizah tu hanya sekadar omongan kosong Yang DiPertua PAS tu sahaja. Depan je dia setuju, tapi dibelakang, lain pulak yang dinyatakannya.
Kata Si Wan Azizah, sokongan yang dinyatakan oleh YDP PAS Kawasan Parlimen Permatang Pauh itu turut disaksikan oleh beberapa orang pemimpin PAS Pusat yang ada bersama - sama.
"Sebelum ini dia (Omar) sendiri menyatakan sokongan mahu membantu PR dalam PRK Permatang Pauh. PKR akan bertemu mereka bagi mendapatkan penjelasan dan cerita sebenar," katanya kepada media.
Nah! Dari kenyataan yang dibuat oleh Si Wan Azizah tu, maka timbul la satu persoalan. Adakah Si Wan Azizah tu mendakwa Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh tu seorang Penipu?
Dalam erti kata mudahnya, Si Wan Azizah tu menganggap bahawa Yang DiPertua PAS tu seorang pemimpin yang MUNAFIK kerana tidak menepati janji untuk memberikan sokongan sebelum ini.
Tapi, apa nak heran jika Yang DiPertua PAS tu buat keputusan sedemikian. Sedangkan PKR sendiri pun selalu jugak menggunakan taktik yang sama. Nak pulak Si Azmin Ali tu. Jadi, diorang perlu anggap ianya sebagai satu Khifarah! Jangan kuat sangat MENIPU orang lain!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.