Hahaha!!! Tak sangka. Rupanya Si Tuan Ibrahim Tuan Man ni pun sebenarnya pening kepala jugak nak memikirkan mengenai soal Hukum terhadap isu perlaksanaan cukai GST tu sendiri.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan melalui lama Facebook milik Si Tuan Ibrahim ni semalam, dia pun turut mempersoalkan kenapa isu mengenai Hukum itu ditimbulkan sekarang?
Kata Si Tuan Ibrahim, soal mengenai Hukum perlaksanaan GST tu taks epatutnya timbul sedangkan ianay sudah dilaksanakan oleh pihak Kerajaan pada hari ini. Tapi kenapa masih ada yang mempersoalkannya?
“Hari ini media sibuk membahas apakah GST halal atau haram? Yang peliknya di Malaysia ini, hukum dibahas setelah ia dilaksanakan. Buat dulu, selepas itu baru hisab itu satu dosa atau pahala. Sepatutnya sesuatu hukum dihadamkan oleh kerajaan sebelum sesuatu dilaksanakan.
“Persoalan sekarang apakah kalau ia haram, maka kami rakyat tidak dikenakan GST atau kami haram membelinya kerana GST haram? Atau apakah kalau ia halal, maka ini berita gembira kepada pemerintah untuk terus menindas dan membebankan rakyat?
“Atau apakah kalau ianya haram kerajaan akan menarik balik GST? Kalau tidak, apa perlunya dibahas sekarang apakah GST itu halal atau haram?,” katanya.
Dari kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tuan Ibrahim tu, nampak sangat la yang dia sendiri pun masih lagi tak sedar diri. Kenapa pulak diorang boleh nak salahkan media kerana mempersoalkan isu tu?
Bukan ke sebelum ini, puak - puak PAS tu sendiri yang membangkitkan soal 'Halal' atau pun 'Haram' perlaksanaan cukai GST tu? Jadi, kenapa pulak Si Tuan Ibrahim tu nak salahkan orang lain?
Sepatutnya, sebagai seorang pemimpin, isu bab soal Halal Haram ni perlu dibangkitkan sewaktu ianya dibahaskan didalam sidang Parlimen sebelum ianya dapat dilaksanakan sebelum ini.
Tapi, yang herannya, kenapa bab hukum Halal Haram perlaksanaan cukai tu lansung tak disentuh oleh Ahli Parlimen dikalangan puak - puak PAS sendiri? Kenapa baru sekarang diorang nak mempertikaikannya?
Kenapa pada ketika membahaskan usul tersebut, pemimpin - pemimpin PAS seperti Si Hadi Awang atau pun Si Nasa Tantawi selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang sendiri tak bangkit mempersoalkan isu tu?
Takkan la dari 21 orang Ahli Parlimen PAS tu takde sorang pun yang boleh bangkit mempersoalkan isu mengenai bab Hukum tersebut? Atau, adakah mereka semuanya 'Kaki Ponteng' belaka?
Hakikatnya, Si Tuan Ibrahim tu sendiri perlu ingat! Yang membangkitkan soal isu bab Halal Haram perlaksanaan GST ni adalah dari kalangan pemimpin - pemimpin PAS sendiri. Itu membuktikan yang diorang sendiri pun keliru. Jadi, tak perlu la diorang nak kelirukan rakyat pulak!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.