Ahad, April 19, 2015

Hahaha!!! Hidup - hidup Si Wan Azizah tu nak 'kencing' rakyat. Dia ingat, rakyat ni BODOH sangat ke? Dah terang pun masih lagi bersuluh. Benda dah terpampang depan mata pun masih lagi dia cuba nak menafikannya.

Tak pasti la sama ada siapa yang tipu siapa. Mungkin Si Wan Azizah tu yang cuba tipu rakyat dengan mengeluarkan kenyataan, kata yang dia dah pergi jumpa dengan YDP PAS Permatang Pauh.


Kenyataan mengenai perkara tersebut mendapat perhatian apabila Si Wan Azizah tu dilihat cuba nak melarikan diri dari menjawab persoalan dikalangan wartawan mengenai pendirian PAS.

Atau, mungkin Si YDP PAS Permatang Pauh tu yang tipu Si Wan Azizah tu bila dia kata PAS Kawasan tetap akan memberikan sokongan kepada PKR walau siapa pun calon yang akan dipertandingkan kelak.

Hakikatnya, PAS memang tetap tidak akan berganjak dari pendirian yang telah dibuat sebelum ini untuk tidak membantu PKR bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh.

Kalau sebelum ini, hanya suara Dewan Pemuda PAS je yang kedengaran. Kali ini giliran Yang DiPertua PAS Kawasan Permatang Pauh tu pulak yang keluarkan kenyataan melalui laman media.

Antara lain, mereka memberikan kata dua kepada PKR sekiranya parti itu mahu bantuan dari jentera PAS dikawasan tersebut. Nak pulak dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh tu sendiri.

Nah! Sekarang, apa lagi alasan yang nak diberikan oleh Si Wan Azizah tu? Masih lagi ke dia nak menafikan dakwaan bahawa PAS Kawasan Permatang Pauh tu sendiri enggan bekerjasama dengan mereka?

Adakah PKR bersedia untuk menundukkan kepala mereka dan menuruti pendirian yang telah dibuat oleh PAS? Atau, adakah mereka akan kekal dengan sikap sombong mereka selama hari ini?

Apa yang jelas, pendirian serta keputusan PAS Kawasan tu membuktikan bahawa mereka dah muak dengan sikap sombong dan angkuh yang ditonjolkan oleh kepimpinan PKR sebelum ini.

Bahkan, mereka juga jelas sudah semakin bosan dengan Penghinaan yang ditujukan kepada Presiden PAS kerana mahu melaksanakan Hukum Hudud yang menjadi dasar perjuangan parti itu.

Tapi malangnya, masih ada lagi pemimpin PAS sendiri yang dilihat bertentangan dengan keputusan PAS Kawasan tu. Ternyata, pemimpin - pemimpin sedemikian hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka je. Bukannya diorang perduli dengan perjuangan parti!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Siapa Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang(?)
    Selagi ia dikekalkan oleh Hadi disitu...PAS Kawasan Permatang Pauh perlu akur dengan apa sahaja keputusan yang bakal dibuat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping