Dek kerana terlalu teruja melaga - lagkan pemimpin dan mengadu domba untuk memburuk - burukkan imej YAB Datuk Seri Najib, seorang blogger bakal berdepan dengan tindakan undang - undang.
Dengan memuat-naikkan artikel yang jelas berbaur provokasi serta tuduhan fitnah yang melulu terhadap YAB Menteri Besar Pahang, membuatkan blogger Pahang Daily bakal disaman.
Didalam artikel tersebut, blogger berkenaan jelas mempertikaikan ketiadaan YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Haji Adnan Bin Haji Yaakob sewaktu Himpunan Solidariti4PM hari ini.
Rasanya, semua orang pun tahu bahawa YAB Menteri Besar Pahang mengiringi DYMM Tuanku Sultan Pahang keluar Negara dan turut disertai oleh YB Dato' Sri Mohd Sharkar Shamsuddin.
Bahkan, perkara itu sudah pun menjadi pengetahuan umum termasuk dikalangan puak - puak penyokong Pakatan Haramjadah tu sendiri. Maka, ianya membuktikan bahawa dakwaan yang dibuat hanya sekadar fitnah semata - mata.
Dalam pada itu, blogger tersebut juga turut membuat dakwaan KONONnya YAB Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa DYMM Tuanku Sultan menyokongnya adalah tidak tepat.
Hakikatnya, DYMM Tuanku Sultan sebelum ini pernah mengeluarkan titah menggesa rakyat agar terus menyokong kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
KUANTAN, 16 April – Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah menggesa rakyat di negeri ini, terus menyokong kepimpinan sedia ada yang diterajui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dalam usaha mengekalkan keamanan dan kesejahteraan yang dikecapi kini.
“Datuk Seri Najib seorang pemimpin yang sangat rajin dan saya sangat berbangga dengan beliau. Marilah kita sama-sama berdoa agar kepimpinan beliau kekal dan semua rakyat harus menyokongnya, jangan mengkritik bukan-bukan tentang perkara yang kita sendiri tidak tahu,” titah baginda.
Baginda bertitah demikian kepada pemberita selepas merasmikan bangunan ibu pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Pahang di Indera Mahkota di sini, hari ini.
Maka, sudah jelas fitnah yang dijaja oleh blogger berkenaan bukan sahaja melibatkan YAB Menteri Besar Pahang serta YAB Perdana Menteri. Malah blogger tersebut jugak telah membuat fitnah terhadap KDYMM Tuanku Sultan Pahang sendiri!!!
PS: Kita bagi tempoh 48jam untuk blogger Pahang Daily ni buat permohonan maaf secara terbuka kepada KDYMM Tuanku Sultan Pahang, YAB Perdana Menteri dan YAB Menteri Besar Pahang. Jika tidak, kita desak agar tindakan undang - undang diambil!!!
Kita mahu pemimpin yang bertanggung jawab bukan yang tuduh orang lain walhal dia yang ketua. Kalau semua bersih barulah orang tak boleh jolok sana dan sini, barulah rakyat pun seronok. Politik Malaysia fitnah senang diucap.
BalasPadamBab jolok2 ni Anwar expert. .pi LA blajo dengan dia
BalasPadamSamada itu fitnah atau tidak, elok kita tunggu keputusan audit dan PAC terlebih dahulu. Mungkin tuduhan itu betul dan mungkin itu salah.
BalasPadamKita harap pemimpin boleh bersabar.
Bloger2 ni cakap biarlah dengan fakta bukan fitnah. Jika fitnah mcm kes yg admin cakap ni cepat2 saman jangan lengah2 kerana ia tambah mengeruhkan minda pembaca. x perlu suruh mohon maaf bagai buang masa je.
BalasPadam