Hebat beb! Nampak gayanya pertelagahan diantara puak - puak PKR dan PAS ni semakin hari semakin kronik. Sampai tahap blog Pro PKR pun puji gerak kerja jentera Barisan Nasional.
Itulah tahapnya perbalahan yang sedang melanda puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Kalau depan orang ramai, masing - masing 'berlakon' tunjuk baik. Tapi hakikatnya? Korang sendiri fikir la.
Kalau sekali baca, nampak macam artikel yang cuba disiarkan oleh blogger PKR tu dilihat sebagai satu 'sindiran' kepada jentera Barisan Nasional. Tapi, korang jangan cepat salah sangka beb!
Artikel yang dibuat oleh blogger PKR ni bukannya satu sindiran kepada Barisan Nasional. Tetapi sebaliknya ia merupakan satu pujian kepada jentera Barisan Nasional yang berkempen di Parlimen Rompin ni.
Bagi blogger PKR tu, jentera kempen PAS tak mampu nak buat macam mana yang dilakukan oleh jentera Barisan Nasional ni. Bagi dia, PAS tak mampu nak pujuk anak - anak muda untuk bersama - sama mereka.
Bagi dia, PAS tak mampu nak merayu agar anak - anak muda dikawasan Rompin ni pakai baju "PAS For All". Dan yang paling pasti, PAS juga tak berjaya nak pujuk PKR untuk menerima perlaksanaan Hukum Hudud!
Tapi, blogger PKR tu lupa, PAS mampu untuk heret anak - anak kecil yang masih memakai lampin serta yang sepatutnya pergi ke sekolah hadir dihari penamaan calon, berhimpun ditepi jalan dan melalak tak tentu arah.
Dia juga lupa yang PAS mampu untuk membodohkan diri mereka dengan tindakan BACUL untuk mempertahankan serta memperjuangkan agenda parti sendiri. Semua tu merupakan kemampuan yang dilakukan oleh PAS!
Dan blogger PKR tu tak tau yang PAS hanya sekadar pandai buat dakwaan terhadap anak - anak muda Rompin yang katanya suka melepak serta ibu bapa mereka tak beri penekanan kepada pendidikan.
Hakikatnya, blogger Pro PKR tu hanya pandai menonjolkan sifat RETORIK mereka dengan mengeluarkan artikel sedemikian. Kalau setakat pandai cakap pasal orang, tapi takut nak tegur rakan - rakan sendiri, baik tak payah!!! Itu Politik golongan MUNAFIK namanya!!!



0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.