Jumaat, Mei 01, 2015

Berkat hari Jumaat gamaknya. Hari ni terasa tenang je dekat kawasan Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ni. Jalan sana sini tak le sesak sangat. Kereta pun tak banyak atas jalan raya.

Dan apa yang lebih penting, tak banyak 'Anjing' yang menyalak diatas jalan raya. Kalau tidak, hari - hari mesti ada saja yang menyalak - nyalak tak tentu arah. Nak pulak kat trafik light Bandar Kuala Rompin ni.

Rupanya hari ni, banyak 'Anjing' yang dah pergi berambus dan cari pasal kat Kuala Lumpur. Sibuk dengan demonstrasi nak membantah perlaksanaan cukai GST katanya. Patut la aman je rasa kat Rompin ni.

Kalau nak kita ulas panjang - panjang mengenai demonstrasi tu, nanti ada pulak 'Anjing' lain yang meroyan tak tentu arah. Bukan apa, tak nak diorang berguling - guling atas jalan raya je. Jadi, korang baca la laporan di bawah ni. Jangan hilang akal sudah!!!
KUALA LUMPUR – Perhimpunan Bantah GST (Cukai Barang dan Perkhidmatan) di ibu negara hari ini gagal mencapai sasaran satu juta peserta sebagaimana disasarkan oleh penganjur setakat pukul 4 petang ini, dengan kira-kira 10,000 orang atau satu peratus dari jumlah disasarkan menyertai perhimpunan itu.

Yang jelas perhimpunan sejak pukul 2.30 petang itu telah menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa lokasi penting di sekitar pusat bandar selain mengganggu urusan seharian masyarakat termasuk pelancong.

Peserta mula berkumpul di sekitar pusat membeli-belah Sogo, Masjid Negara, Masjid Jamek, Dataran Maybank, Pasar Seni dan Puduraya sebelum bergerak ke Dataran Merdeka dan KLCC.

Ada juga peserta perhimpunan yang merempuh penghadang yang diletakkan pasukan keselamatan di Dataran Merdeka, selain terdapat peserta yang melemparkan bom asap ke arah pintu kaca sebuah bank di kawasan Masjid Jamek.

Ada juga peserta yang berpakaian hitam mencetuskan kekecohan dengan melempar mercun bola dan kata-kata kesat tetapi pihak polis berjaya mengawal keadaan.


Menurut jurucakap trafik Kuala Lumpur, setakat ini keadaan masih terkawal dengan pemantauan turut dilakukan melalui helikopter Polis Diraja Malaysia. Kebanyakan peserta mengenakan t-shirt merah yang tertera slogan membantah pelaksaanan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April lepas.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping