Nurul Izzah pun boleh termenung baca kenyataan Haron Din ni!!! |
Heh! Pelikkan? Kenapa pulak tiba - tiba je dua orang pemimpin tertinggi PAS ni mula menyokong Datuk Seri Najib Tun Razak? Adakah kedua - dua pemimpin tu masing - masing dah nyanyuk?
Jika sebelum ini, Si Hadi Awang selaku Presiden PAS menyatakan sokongan dia kepada YAB Perdana Menteri untuk terus memimpin Negara. Kali ini, giliran Mursyidul Am PAS pulak.
Kata Datuk Dr. Haron Din, Datuk Seri Najib merupakan seorang pemimpin yang berjiwa besar dan perlu diberikan peluang untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukannya sebelum ini.
Kalau kita lihat dari sudut, kenyataan yang dikeluarkan oleh kedua - dua pemimpin PAS ini dari sudut Politik, sudah pasti akan ada yang kata mereka mempunyai 'Udang Disebalik Batu'.
Kenapa pulak diorang berdua ni beria - ia sangat nak menyokong Datuk Seri Najib secara tiba - tiba sedangkan dalam masa yang sama, Tun Mahathir pun tak sokong?
Persoalan yang dibangkitkan, sejauh mana keikhlasan yang mereka luahkan itu benar - benar jujur? Bagaimana mungkin kita dapat mengukur keikhlasan yang dinyatakan oleh mereka?
Tapi, kalau kita tengok dari satu sudut lain pula, ada yang berpendapat, pandangan mereka itu merupakan satu kiasan untuk menyindir pendirian yang dinyatakan oleh puak - puak PKR sebelum ini.
Bagi orang seperti Si Nurul Izzah tu sebelum ini, Datuk Seri Najib mahupun Barisan Nasional serta UMNO tidak perlu diberikan sebarang peluang oleh mana - mana pihak. Termasuk dikalangan rakyat.
Apa yang jelas, puak - puak PKR tu lebih selesa sekiranya rakyat menolak kepimpinan yang diterajui oleh Barisan Nasional pada ketika ini dan mengubah seluruh kepimpinan Kerajaan sedia ada.
Namun malangnya, puak - puak PKR tu sendiri pun tidak dapat membuktikan kemampuan mereka untuk menjadi pemimpin yang lebih baik apabila mereka GAGAL memimpin parti mereka sendiri.
Tengok sewaktu pemilihan parti mereka pun sudah memadai. Punya la huru hara sehingga ada yang pecah kepala dibuatnya. Itu pun belum masuk cerita pasal perlakuan sumbang yang telah mereka lakukan.
Jadi, bagaimana mungkin puak - puak PKR tu boleh diberikan kepercayaan untuk memimpin Negara dimasa akan datang sekiranya nak memimpin parti sendiri pun mereka tak mampu? Nak mentadbir urusan rumah tangga pun hancur lebur dibuatnya!!!
Test
BalasPadamMaka Najib akan termakan pujukan kata kata pembangkang yang sedang menangguk air keruh dilautan.. Ini lah satu cara memperdayakan pemimpin BN yang sedang dinilai oleh ahli parti nya sendiri. jika Najib masih kekal maka lebih mudah pas dan paktan menumbangkan Bn dalam pru 14.
BalasPadamnanti Dato Harun Din berkata 'ssaayonara BN dan sayonara najib