Kali ni korang baca la sendiri kenyataan yang dikeluarkan. Kemudian korang buat la kesimpulan korang sendiri. Tapi bagi la pandangan yang lebih rasional. Jangan mencela orang lain.
Andaikata dia tak boleh hidup disebuah Negara yang mengamalkan sistem perlaksanaan Hukum Hudud, itu dia punya pasal. Dia boleh saja bertindak untuk hidup di Negara lain sebab keluarga dia pun dah kaya raya.
Apa yang pasti, keadaan ni bukan sahaja berlaku diluar PAS. Tapi jugak ianya timbul dikalangan puak - puak PAS tu sendiri. Ramai lagi pemimpin PAS yang bersuara macam mana kenyataan dibawah ni.
Itu membuktikan bahawa puak - puak PAS tu GAGAL untuk memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai dasar perjuangan mereka sendiri. Diorang setakat faham sendiri je.
Tapi yang kita peliknya, kenapa pulak puak - puak PAS tu nak salahkan orang lain? Kenapa pulak hari ini, puak - puak PAS tu nak salahkan pihak Kerajaan sedangkan agenda perjuangan parti mereka sendiri pun diabaikan begitu sahaja!!!
PETALING JAYA: Anak perempuan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan terus menentang pelaksanaan hudud di negara ini.
Aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir berkata, beliau tidak akan meninggalkan negara ini malah berjuang supaya undang-undang berkenaan tidak dilaksanakan.
"Saya tidak boleh hidup di negara di mana orang mahu memotong tangan atau rejam dengan batu seseorang itu sampai mati. Saya akan terus tinggal di sini dan berjuang," katanya.
Undang-undang hudud diamalkan di negara-negara seperti Arab Saudi.
Di Malaysia, Kelantan mengambil langkah pertama ke arah melaksanakan undang-undang hudud di negeri itu apabila pindaan kepada Kanun Jenayah Syariah Kelantan telah diluluskan sebulat suara oleh Dewan Undangan Negeri pada 19 Mac lalu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengemukakan Rang Undang-undang Persendirian di Parlimen bagi meminda Akta 355 bertujuan meluaskan bidang kuasa mahkamah syariah.


Nampaknya orang kafir dah boleh berehat pejuang bagi pihak mereka dah ada.
BalasPadamSesat menyesatkan...
BalasPadamRamai yang tidak bersetuju dengan Hudud PAS termasuk bapanya tetapi asasnya bukan kerana menentang Hudud seperti yang didalam Al Quran tetapi perlaksanaan hudud PAS yang tidak adil dalam menghukum orang Islam dan melepaskan orang bukan Islam dalam satu kesalahan bersama.
Hudud PAS tidak menepati konsep keadilan universal dalam Islam.
aiseyman mr kluang. sokong anak beranak nampak. sokong bapak sudah la, kalau punya asas yg betul. ni kerja2 anak tun nan sorang ni yg memalukan bapak diapun kau sokong jugak. asal ada kaitan dengan tun kau terus je sokong...hahaha
PadamRamai kagi yg tak jelas. Knp melakukan kesalahan yg sama. Tapi hukuman berbeza. .ini hukuman politik nak jaga hati kawan ni.kalau china ajak melayu mencuri. Melayu kena potong china tak yah ke r... Harap pas jgn ada niat kain untuk laksanakn hudud. Lakukanlah kerana Allah bukan kerana nak cari untung politik. Bahaya tu
BalasPadamCakap pasal Mahathir ni kadang kadang pelik tapi benar, Marina ni apa sudah jadi? He malas lah aku nak layan.
BalasPadam