Isnin, Mei 18, 2015

Terbaik!!! Hanya kerana semata - mata nak memburuk - burukkan pihak Kerajaan dan nak memuji - muji diri sendiri akhirnya membuatkan seorang Ahli Parlimen terpaksa berbogel.

Hal itu berlaku apabila Ahli Parlimen tersebut hanya sekadar mendedahkan sebahagian dari fakta kebenaran sementara dia sengaja menyembunyikan yang lain. Tindakan itu telah dikantoi oleh pihak Kerajaan.

Hari pertama sidang Dewan Rakyat mesyuarat kedua penggal ketiga pada Isnin menyaksikan Ahli  Parlimen Gombak, Mohamad Azmin Ali ‘kantoi’ kerana memberikan fakta tidak betul mengenai pinjaman Tekun kepada Orang Asli dan mengaitkan penubuhan tabung bantuan itu dengan UMNO.

Beliau turut  ditempelak oleh Timbalan Menteri  Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai phobia kepada UMNO kerana kerap mengaitkan apa juga isu dengan parti berkenaan.

Azmin yang juga Menteri Besar Selangor sebelum itu dalam soalan tambahan mendakwa bantuan Tekun diagihkan secara tidak adil kepada Orang Asli dengan hanya 48 orang sahaja menerimanya.

Katanya, seramai  11 orang di Parlimen Teluk Intan, 10 orang di Parlimen Bera  dan 27 lagi di Parlimen Rompin. Beliau menyifatkan bantuan Tekun itu sogokan politik kerana diberikan ketika pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dan Rompin supaya  Orang Asli menyokong Barisan Nasional.

Azmin memuji dirinya dan kerajaan Selangor kerana melaksanakan program Hijrah dengan memberikan modal peniagaan kepada penjaja kecil  tanpa mengira kaum, ideologi politik dan agama.

Tajuddin dalam jawapan lisannya tampil membidas kenyataan yang dibuat oleh Azmin kerana hanya sebut penerima Tekun bagi  tiga kawasan itu sahaja.
“Yang Berhormat tak sebut (kawasan lain), kenapa pilih-pilih (tiga kawasan) ?. Itu tak benar.. Jumlah yang terima 228 orang, YB hanya sebut beberapa orang,  baki yang ramai (YB) tak sebut.. Ini semua politik,” ujarnya.
Ikuti rakaman video  bagaimana Tajuddin ‘kantoikan’ Azmin yang memberikan fakta tidak betul mengenai Tekun ketika sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini:
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping