Hah! Itu persoalan yang perlu kita ajukan kepada Si Ahli Parlimen Shah Alam ni. Adakah dia berani untuk keluar dari PAS sekiranya puak - puak Liberalis didalam parti itu tewas dalam pemilihan Jun nanti?
Dalam pendedahan yang dibuat melalui laman portal Free Malaysia Today, Si Khalid Samad tu kata PAS akan berwajah baru sekiranya golongan yang dilabelkan sebagai 'Liberal' kalah dalam pemilihan tersebut.
Jelas Si Khalid Samad, seandainya PAS kehilangan puak - puak Liberalis, maka ianya akan membenarkan parti itu menjadi lebih 'Ekstremis' dalam memperjuangkan Islam di Malaysia.
“UMNO/BN yang ketika ini bagaikan telur di hujung tanduk, akan mendapat talian hayat yang baru. Ini kerana ketiadaan saff (barisan) yang bersatu untuk menentangnya.
“Hasil usaha yang bersikap ‘ekstrimis’, UMNO/BN akan kekal berkuasa. Sedangkan ia lebih sukar untuk Pas berkembang di bawah BN kerana disekat dari setiap pelusuk dan yang berlaku sebaliknya di bawah PR,” kata Khalid dalam blognya.
Malah Si Khalid Samad tu juga turut menegaskan bahawa sekiranya perkara itu berlaku, maka PAS sudah pasti akan meninggalkan Pakatan Haramjadah tu selepas pemilihan diadakan.
Jika kita lihat dari satu sudut, kenyataan Si Khalid Samad tu membayangkan seolah - olah dia sudah cukup bersedia untuk meninggalkan parti sekiranya golongan Liberal tu kalah nanti.
Lagi pun, kalau kita tengok kecenderungan Si Khalid Samad tu sendiri sejak akhir - akhir ini, jelas dia lebih menyebelahi pihak yang berada diluar kepimpinan PAS terutama PKR dan juga DAPigs.
Persoalannya, bagaimana mungkin puak - puak Liberalis tu mahu mempertahankan PAS sedangkan dalam masa yang sama mereka sendiri tidak menyokong dasar perjuangan parti sendiri?
Hakikatnya, dasar perjuangan PAS yang mahu menegakkan Islam dilihat lebih terbatas sejak mereka menyertai Pakatan Haramjadah tu sebelum ini. Dasar perjuangan Negara Islam sudah terhapus.
Isu nak menegakkan perlaksanaan Hukum Hudud yang selama ini menjadi tunjang kepada parti itu pun sudah menjadi satu penyakit barah yang tidak mampu untuk disembuhkan lagi.
Jadi, macam mana Si Khalid Samad tu boleh kata yang golongan Liberalis didalam PAS tu mampu nak perkukuhkan parti jika dasar perjuangan mereka sendiri pun tak berani nak ditegakkan? Kalau setakat jadi Pak Angguk Saja je dalam Pakatan, baik tak payah mengabihkan masa!!!
Extremis nak jadi militan IS kot...ya teruskan boleh mati syahid
BalasPadamCara YB ini respon menunjukkan parti politik yg sesuai dgn jiwanya adalah DAP atau pun PKR shj.
BalasPadamAku setuju dengan si Khalid Samad, sebab parti PAS apa ada kalau orang macan abang Khalid ni tak ada. Respect Khalid kerana berani, tegas dan berintergeriti.
BalasPadam