Ahad, Mei 24, 2015

Mungkin sekarang PAS dah tak cukup Islam bagi dia gamaknya!!! 
Heh! Nampak gayanya kemungkinan besar Si Mat Taib ni sedang mengalami sindrom pertengahan umur biarpun dia dah 'Lanjut Usia' pada ketika ini. Nak buat pendirian pun dia tak reti.

Hakikatnya, sekarang baru kita nampak wajah sebenar Si Mat Taib ni masuk PAS sebelum ini. Dan kita pun dah tau kenapa Si Mat Taib tu tiba - tiba hilang akal dan melompat tak tentu arah.

Jika kita lihat dari kenyataan yang dibuat oleh Si Mat Taib tu semalam, maka sudah pasti kita sendiri dapat membuat kesimpulan bahawa dia masuk PAS bukan sebab dia menyokong parti tu.

Sebaliknya, Si Mat Taib tu pilih PAS kerana individu, bukannya kerana dasar perjuangan yang dibawa oleh parti itu sendiri. Maka sebab itu dia mudah sangat rasa kecewa dengan parti tu.

Kalau sebelum ini, orang kata Si Mat Taib tu keluar dari UMNO kerana terasa diri dia dipinggirkan dari kepimpinan, maka tak salah jika kita bagi alasan yang sama terhadap dia pada ketika ini.

Kalau kita tengok sejak akhir - akhir ni pun, Si Mat Taib tu dah tak dipedulikan lansung oleh puak - puak PAS tu. Malah kewujudan dia pun dah tak menjadi sebut - sebutan disemua peringkat.

Jelas, Si Mat Taib ni bukan la seorang pemimpin yang benar - benar nak memperjuangkan kebajikan rakyat. Tapi sebaliknya, Si Mat Taib ni sekadar nak menjaga kepentingan Politik dia sendiri je.

Dia bertahan dalam PAS pun bukannya kerana sebab parti tu dilihat sebagai sebuah parti yang benar - benar memperjuangkan Islam seperti mana yang dia sendiri dakwa sebelum ini.

Tapi, Si Mat Taib tu masih kekal dalam PAS bagi memastikan parti itu akan beralih arah dan dilihat tunduk kepada kehendak orang lain serta meminggirkan dasar perjuangan mereka sendiri. Mungkin Si Mat Taib tu nak PAS ikut jadi Liberal jugak macam dia!!!

PS: Bagus jugak kalau Si Mat Taib ni nak keluar dari PAS. Simpan dia lama - lama pun bukannya boleh beri sebarang faedah pun!!! Buat semak dalam parti je!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Najib perlu dibicarakan atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu kepada sidang parlimen. Najib memberikan kenyataan yang bercanggah mengenai isu USD 1.103 bilion wang yang dihutang oleh 1MDB yang kononnya dilaburkan di Cayman Island, lepas tu kata dah tebus pelaburan itu, dibawa dan disimpan di Singapura kerana Najib menuduh Bank Negara banyak karenah kalau wang itu dibawa ke negara ini dan disimpan ke negara ini. Kemudian Najib buat U-Turn kata yang disimpan itu bukannya wang tunai, tapi aset, lepas tu dari Kementerian Kewangan pula kata yang disimpan itu unit.

    Jawapan oleh Najib dalam sidang parlimen sebelum ini adalah suatu penipuan. Berdasarkan Seksyen 218:

    “Whoever being a public servant, and being as such public servant, charged with the preparation of any record or other writing, frames that record or writing in a manner which he knows to be incorrect, with intent to cause, or knowing it to be likely that he will thereby cause, loss or injury to the public, or to any person, or with intent thereby to save, or knowing it to be likely that he will thereby save any person from legal punishment, or with intent to save, or knowing that he is likely thereby to save any property from forfeiture or other charge to which it is liable by law, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to three years or with fine or with both.”

    Dalam perkara ini, Speaker parlimen perlu membuat laporan polis kerana Speaker parlimen yang menguruskan sidang parlimen, serta bertanggungjawab berhubung apa-apa urusan berkaitan sidang parlimen.

    Bila Speaker Pandikar Amin Mulia nak buat laporan polis?

    Sebelum ini Pandikar Amin Mulia pernah menipu mengenai isu surat perletakan jawatannnya, sekarang ini Pandikar Amin Mulia perlu bersikap integriti dengan membuat laporan polis berhubung kenyataan yang disahkan menipu oleh Menteri Kewangan iaitu Najib yang juga Perdana Menteri?

    Apakah Pandikar Amin Mulia seorang yang berintegriti atau orang yang menyokong golongan penyeleweng kerana mementingkan pangkat dan jawatan?

    Pandikar Amin Mulia perlu membuat pilihan, apakah dia seorang yang jujur dan amanah yang layak memegang jawatan Speaker Parlimen, atau pun dia seorang yang mementingkan jawatan dan pangkat dengan bersekongkol dengan golongan penyeleweng yang melakukan jenayah yang menyebabkan integriti Pandikar Amin Mulia tidak boleh dipercayai dan khianat terhadap negara dan dia tak layak menjawat jawatan Speaker Parlimen, di mana orang yang bersubahat dengan penjenayah adalah tidak layak untuk menjawat jawatan dalam kerajaan, apatah lagi jawatan Speaker Parlimen.

    Kita juga menantikan jawapan dari para menteri dan tukang ampu Najib berhubung hal ini.

    BalasPadam
  2. Aku pernah dengar ucapan dia masa dalam umno. Based on apa yg dia pernah sendiri cakapkan, dia adalah munafik kerana menipu.......

    BalasPadam
  3. Mat Taib??!!! Seorg yg low class mentality dan dah xde value.Balik jaga cucu sudah Mat Taib oi..Bini no 2 masuk Pas awk pun ikut.Pastu kata plak pas x betul.Puuuiiiiih...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping