Sabtu, Mei 30, 2015

"Haramjadah! Aku yang kena kencing rupanya..." 
Apa punya jenis peguam yang Si Mazlan Aliman tu lantik sebagai wakil didalam kes dia sampai tahap sanggup peguam tu biarkan anakguamnya dikenakan tindakan terhadap pihak mahkamah?

Tapi, kalau difikirkan dari satu sudut, kita pun akan buat tindakan yang sama. Sedangkan nak bayar duit tuntutan saman tu pun Si Mazlan Aliman tu tak mampu. Inikan pulak nak bayar duit kos guaman.

Cuba orang bayangkan. Masuk akal ke tidak sekiranya peguam yang mewakili dia tak hadir sewaktu keputusan mahkamah dibuat? Dah tentu - tentu ada benda yang tak kena. Maka sebab itu peguam tu tak hadir.

Dalam keputusan yang ditetapkan oleh pihak mahkamah tinggi semalam, Si Mazlan Aliman tu telah didapati bersalah kerana menabur FITNAH terhadap pihak Felda melalui hasil karyanya sendiri.

Mazlan dan syarikat penerbitan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd telah diarahkan untuk membayar sebanyak RM 150, 000 kos guaman kepada pihak Felda diatas dakwaan tersebut.

Selain itu, Si Mazlan Aliman dan syarikat penerbitan tu juga turut terpaksa membayar tuntutan saman pihak Felda sebanyak RM 350,000 sebagai tuntutan ganti rugi am dan teruk.
Pada 20 Julai 2009, Felda memfailkan saman terhadap Mazlan dan penerbit buku itu dan mendakwa tajuk buku tersebut membawa maksud Felda adalah Ah Long atau pemberi pinjaman wang haram dengan kadar faedah yang terlampau tinggi.

Felda dalam pernyataan tuntutannya mendakwa buku yang bertajuk "Felda... Dulu Tolong, Sekarang Ah Long" itu menggambarkan Felda bakal mengaut keuntungan yang banyak daripada pelbagai rancangan kemajuan sehingga memudaratkan peneroka yang kononnya hidup miskin akibat salah laku plaintif, dan mereka tidak ubah seperti hamba abdi ekoran dasar yang didakwa menindas.

Felda berkata kandungan buku itu juga berniat jahat dan dibuat untuk merosakkan reputasi Felda bagi merendah-rendahkan imejnya di mata masyarakat.


Felda diwakili oleh peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun dan Nor Emelia Iszeham, manakala peguam mewakili Mazlan dan Angkatan Edaran Enterprise Sdn Bhd tidak hadir. - lapor Bernama
Nah! Sekarang dah terbukti yang Si Mazlan Aliman tu bukan la seorang pemimpin Islam yang sejati. Malah Si Mazlan Aliman tu tak layak pun nak jadi pemimpin dikalangan puak - puak PAS tu sendiri.

Mana tidaknya. Tak mungkin sebuah parti yang bertunjangkan Islam boleh terima pemimpin yang suka "membunuh" sesama saudaranya sendiri. Mustahil bagi Si mazlan Aliman tu tak tau hukum Islam tersebut? Kalau dia tak tau, apa gunanya dia jadi pemimpin PAS!!!

PS: Daripada dia sibuk nak suruh orang lain letak jawatan, dia sendiri patut malu dengan diri dia sendiri! Menabur Fitnah ni bukan sahaja salah disisi undang - undang Sivil Tapi ianya juga satu Dosa Besar!!! Takkan itu pun Si Mazlan Aliman tu tak tau!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. kah..kah..kah...pada muka kau setaaaaannn......

    BalasPadam
  2. Maaf... agaknya bila menang kes baru le berbaloi- untuk hadir .. untung-untung jika Felda yg kena bayar mulalah peguamnya tunjuk muka... service cas ma!

    BalasPadam
  3. Peguam tu pin dah tahu. Aliman memang kalah punya

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping