Sabtu, Mei 30, 2015

Kalau dirujuk masalah mereka yang dibawah ni kepada Menteri Besar Selangor, dah tentu - tentu dia akan salahkan orang lain. Paling tidak dia akan kata dia tak kenal dengan penduduk dikawasan tersebut.

Kebiasaannya, bila ada dikalangan rakyat Negeri Selangor buat aduan mengenai masalah dikawasan mereka, Si Menteri Besar Selangor tu akan bagi alasan yang hanya sekadar bertaraf longkang.

Kalau dalam isu pembinaan Projek Datum Jelatek dulu, Si Azmin tu buat dakwaan kononnya ianya didalangi oleh kumpulan 'Ekstremis Perkauman' dan menyatakan yang dia tak kenal mereka.

Jadi, tak mustahil la sekiranya penduduk - penduduk di Taman Semenyih ni pun akan mengalami nasib yang sama jika mereka membuat aduan kepada Si Menteri Besar Selangor tu. Penyudahnya, mati kering je la penduduk dikawasan tersebut!!!
SEMENYIH - Krisis bekalan air di Taman Bukit Semenyih dan sekitarnya nampak seperti tiada kesudahan. Bukan sekali atau dua kali tetapi sejak setahun lalu.

Difahamkan, sejak 11 hari lalu penduduk hanya bergantung kepada bekalan air yang disalurkan dari lori tangki Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS), dengan bekalan yang diberikan tidak memuaskan.

Wakil penduduk kawasan Taman Bukit Semenyih, Murali Ramoo berkata penduduk yang terjejas kini telah tawar hati berkenaan krisis tersebut.

"Kami sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa. Kami sudah panggil media, lepas liputan media, ada air. Lepas dua tiga hari, tiada air.

"Bayangkan orang tua yang uzur, tidak mampu setiap hari untuk mengambil air dari tangki sementara. Tolonglah selesaikan segera masalah ini. Kami dah 'penat'!" luah Murali.


Justeru, mereka amat berharap agar isu ini dapat diselesaikan menerusi penyelesaian jangka masa panjang dengan segera dan bukan hanya memberi penyelesaian jangka masa pendek.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping