Ahad, Mei 24, 2015

Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat disifatkan sebagai seorang pemimpin yang kurang menjiwai aspirasi jemaah pemuda Islam sepanjang memimpin sayap parti itu sejak 2013 lalu.

Kalau orang lain yang buat dakwaan tu, dah tentu - tentu orang susah nak percaya. Tapi kalau dari kalangan mereka sendiri, takkan pulak diorang nak kata ianya sebagai satu pembohongan?

Ketua Pemuda Pas Terengganu, Kamaruzaman Abdullah secara peribadinya berkata, kepimpinan Suhaizan dinilai sepanjang tempoh tersebut dan kecenderungan pimpinan Suhaizan dilihat tidak begitu mendalami kehendak pemuda dalam sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

Menurutnya, walaupun Suhaizan tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama, namun ia adalah perkara yang berbeza dan sebagai pemimpin pemuda dalam parti Pas, pemimpin perlu memberi perhatian terhadap kepentingan pemuda yang menjunjung tinggi nilai agama sebagaimana diterapkan dalam Pas.
“Ia tidak bersangkut paut dengan latar belakang beliau sama ada berpendidikan agama atau tidak. Suhaizan adalah seorang yang bijak dan cerdik tetapi kita melihat beliau kurang menjiwai dari sudut aspirasi jemaah pemuda Islam,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa kenyataan dibuat Suhaizan sebelum ini juga memberi kesan menimbulkan ketidaksenangan dalam kalangan ahli Pemuda apatah lagi dalam keadaan Pas yang sedang hebat berdepan ujian dari dalam dan luar parti ketika ini.

Sementara itu, mengulas mengenai tawaran Nik Abduh Nik Abdul Aziz untuk mencabar Suhaizan pada pemilihan sayap parti itu, Kamaruzaman melihatnya sebagai satu perkembangan positif.

Jelasnya, Nik Abduh sebelum ini pernah menonjolkan keupayaannya sebagai seorang pemimpin apabila memegang jawatan nombor dua sayap pemuda tersebut sebelum ini.

Sementara itu ditanya sama ada Nik Abduh menjadi harapannya untuk menerajui kepimpinan Pemuda pada penggal 2015-2017 di peringkat pusat, Kamaruzaman hanya berkias untuk pilih individu lebih baik.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. asek kumpul pemuda utk ralli jalanan

    BalasPadam
  2. Awak ni orang Islam ke apa? Tak ada kerja lain ke dengan blog memalukan orang Islam dan bangsa melayu. Awak ni antara blogger yang meletak bangsa melayu ke darjat serendah-rendahnya dengan bahasa dan sebaran mengaibkan orang dalam alam maya. malu lah beb!!!!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. cer dengar mat sabun ceramah....ada macam orang islam????

      Padam
  3. Semut tengah ngajar tafsir koran, jangan gangu dia, ini padang masar rabuljalil bacajeler.kao ni macam nabi la semut.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping