Jumaat, Mei 29, 2015

Huh! Nampak gayanya, wayang 'Air Mata Buaya' dikalangan ahli keluarga Si Ketua Penipu masih belum berakhir lagi. Kita ingatkan dah habis dah. Nak pulak bagi Si Nurul Izzah tu sendiri.

Jika sebelum ini, tayangan perdana wayang 'Air Mata Buaya' tu telah berjaya membuatkan Si Wan Azizah kekal memerintah kawasan Parlimen Sendiran Berhadnya di Permatang Pauh.

Kali ini, wayang 'Air Mata Buaya' tu bakal dihidupkan kembali bagi mengekalkan momentum simpati dari kalangan rakyat agar terus dimomokkan dengan dakyah songsang mereka.

Bagi episod kali ini, Si Nurul Izzah tu mula menjaja cerita kononnya kesihatan Si Ketua Penipu tu bertambah teruk selepas dia disumbatkan ke dalam penjara akibat kerakusan nafsunya sendiri.

Realitinya, semua orang pun dah sedar yang Si Nurul Izzah tu masih nak buat rakyat beranggapan yang Si Ketua Penipu tu bukannya seorang penjenayah. Tapi dia seorang Tahanan Politik.

Walhal, bukannya Si Nurul Izzah tu sendiri tak tau bahawa Si Ketua Penipu tu memang dah lama 'Sakit'. Mustahil dia tak tau yang Si Ketua Penipu tu dah lama mengalami 'Sakit Mental'?

Dek kerana kerakusan nafsu buas yang tak dapat dikawal oleh Si Ketua Penipu tu la yang menyebabkan dia kini meringkuk dalam penjara. Takkan itu pun Si Nurul Izzah tu masih tak sedar jugak?

Hakikatnya, bagi orang yang yang sentiasa bermuhasabah, sudah pasti mereka dapat menerima keadaan tu dengan hati yang terbuka. Sudah pasti mereka redha dengan keadaan yang dihadapi.

Paling tidak, keluarga Si Ketua Penipu tu boleh anggap apa yang menimpa dia pada ketika ini adalah khifarah yang seharusnya diterima dengan penuh keinsafan supaya dia tak buat benda yang sama. Jadi, tak payah la Si Nurul Izzah tu masih nak menjaja 'Air Mata Buaya' dia untuk meraih simpati!!!
PETALING JAYA: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan berada dalam keadaan tidak sihat. Dakwaan itu dibuat, anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Bagi mengulas lanjut mengenainya, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu akan mengadakan satu sidang akhbar pada Sabtu, 30 Mei. Jemputannya dihantar melalui Biro Komunikasi PKR kepada media.

Februari lalu, Nurul Izzah pernah mengeluarkan kenyataan mengenai tahap kesihatan bapanya yang kini berdepan dengan hukuman penjara selama lima tahun selepas sabit kesalahan meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping