Dalam keghairahan puak - puak Parti Angguk Saja tu nak mengajar pihak Kerajaan dalam soal pentadbiran, ada lebih baik mereka ajar pemimpin - pemimpin dikalangan mereka terlebih dahulu.
Jika dilihat dari satu sudut, tindakan yang dilakukan oleh puak - puak PAS tu di Permatang Pauh hanya mempamerkan sikap RETORIK mereka terhadap orang luar. Diri mereka sendiri mereka lupa.
Hakikatnya, demonstrasi yang dianjurkan di Permatang Pauh itu bukan sahaja satu pengajaran kepada PKR, tetap ianya juga wajar dijadikan sebagai amaran kepada kepimpinan parti itu sendiri.
Kalau kita tengok pada hari ini, ramai dikalangan pemimpin - pemimpin PAS tu sendiri yang tampil mempertikaikan keputusan serta tidak menghormati kepimpinan Hadi Awang sebagai Presiden.
Malah lebih teruk daripada apa yang dilakukan oleh PKR, pemimpin PAS yang secara terbuka mempertikaikan Hadi Awang itu juga boleh dianggap sebagai satu Penghinaan besar.
Jika tidak, kenapa pulak Calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin ini siap buat surat terbuka, mendesak agar kepimpinan PAS diperingkat atasan mengambil tindakan terhadap Khalid Samad?
Sebelum ini, Calon PAS dalam PRK Parlimen Rompin ini tampil mendedahkan sikap buruk Khalid Samad yang mengutuk dan mengkritik Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum yang lalu.
Tapi, kenapa kepimpinan PAS Pusat tak ambik sebarang tindakan terhadap Si Khalid Samad tu? Kenapa pulak suara Calon PAS dalam PRK Parlimen Rompin ini dipinggirkan begitu sahaja?
Cuba bayangkan sekiranya Calon PAS ini menjadi wakil rakyat kelak. Adakah pihak lain akan dengar suara dia sedangkan parti dia sendiri pun buat - buat tak peduli dengan apa yang disuarakannya?
Bagaimana mungkin Calon PAS di PRK Rompin ini dapat memperjuangkan suara rakyat secara keseluruhan sedangkan dia sendiri tak mampu nak bawa suara akar umbi PAS kepada pihak atasan parti?
Itu membuktikan ketidak-mampuan Calon PAS di PRK Rompin ini untuk memperjuangkan orang yang berada dibawah kepimpinannya sendiri. Dan secara tak lansung turut membuktikan bahawa PAS akan terus meminggirkan suara ahli diperingkat akar umbinya sendiri!!!


Sambil mengipas ketiak busuk...
BalasPadamWan Azizah alKipas