Sabtu, Mei 16, 2015

Puas seharian kita mencari berita atau laporan didalam media mengenai agenda yang direncanakan oleh Si Mahfuz Bean tu sebelum ini. Katanya, Si Mahfuz Bean tu nak buat demonstrasi jalanan semalam.

Bahkan, rancangan untuk mengadakan himpunan Haramjadah didepan bangunan Tabung Haji tu juga turut disokong sepenuhnya oleh puak - puak dikalangan Anak Muda Kecoh tu sendiri.

Tapi, cari punya cari, takde pulak demonstrasi tu dilaporkan didalam laman media sama ada didalam laman media sosial atau pun media arus perdana. Soalnya, jadi ke tidak diorang buat demonstrasi tu?

Dan sekiranya perhimpunan yang dijalankan itu berjaya, sudah berapa banyak duit Tabung Haji yang telah dikeluarkan? Adakah semua Ahli PAS seramai 1Juta orang tu dah buat apa yang disuruh?

Setelah puas menela'ah laman media maya, baru la terjumpa beberapa keping gambar yang dimuatnaikkan melalui laman portal Antarapos. Tapi, itu pun dari sudut yang dekat. Tak nampak berapa ramai yang hadir.

Katanya, sambutan dikalangan puak - puak Pakatan Haramjadah yang diketuai oleh PAS tu semalam tidak mendapat sokongan yang diharapkan. Sebaliknya, perhimpunan yang diadakan itu hambar.

Jika sebelum ini, PAS membuat desakan bagi mengadakan perhimpunan tersebut dan turut memberi peluang kepada mana - mana individu yang menyimpan duit dengan Tabung Haji untuk mengeluarkan duit mereka.

KONONnya, puak - puak PAS tu mendakwa, pihak pengurusan Tabung Haji telah menyalah-gunakan duit simpanan mereka yang terlibat untuk membeli tanah yang dimiliki oleh 1MDB sebelum ini.

Tapi malangnya, desakan tersebut tidak mendapat sambutan dikalangan puak - puak penyokong parti mereka sendiri. Maka sebab itu puak - puak PAS tu terpaksa mengalih isu yang dibangkitkan sebelum ini.

Kini mereka buat pulak desakan agar Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Azeez Rahim dan Ahli Lembaga Pengarah yang terlibat dengan 1MDB meletakkan jawatan masing - masing.

Nampak sangat la yang puak - puak PAS tu cuba nak menutup kemaluan mereka yang terdedah sebelum ini apabila Fitnah yang cuba dijaja kepada rakyat tidak mendapat sambutan.

Jika tidak, sudah pasti 1juta Ahli PAS yang menyimpan duit dengan Tabung Haji tu akan mengeluarkan duit mereka. Kalau tida, itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh puak - puak PAS tu tak menjadi!!! Ternyata yang diorang setakat pandai bercakap je!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. Org melayu sepatutnya sama2 fikir utk majukan melayu/islam. Ini x..melayu nak melingkup melayu..sbb politik.

    BalasPadam
  2. Berhentilah dari terus merosakkan minda org Islam wahai Mahfuz. Kalau anda x suka TH anda seoranglah yg keluarkan wang anda. x yah nak hasut org lain. Ini simpanan untuk tunai haji rukun Islam ke5 yg dijamin olh kerajaan. Perkara ni x de masalah sejak berpuluh tahun yg lalu, dividen, subsidi dan perkhidmatan bertambah baik setiap tahun, apa lagi nak? Kalau mereka keluarkan simpanan kerana termakan hasutan anda adakah anda akan bertanggungjawab menghantar mereka pergi haji kelak?

    BalasPadam
  3. Jika kita imbau kembali apa yang berlaku pada Felda Global Venture yang mana parti pembangkang mengatakan yang Felda banyak menghabiskan duit dan tungggu masa untuk bengkrup. yang membuat cerita termasuklah kakitangan dan pegwai Felda sendiri yang mengatakan Felda tidak ada duit. Apabila kerajaan umumkan dividen kepada felda, semua cerita terus senyap, cerita-cerita sumbang kurang di ceritakan. Dalam kes tabung haji jika pembangkang kempen untuk keluarkan duit biarkan mereka keluar sebab yang hendak keluarkan pun selalunya yang menyimpan ciput- ciput kerana hendak buat gimik sahaja. tak ramai pun yang menyimpan beratus ribu dalam tabung haji paling kuat 0.005% sahaja, yang banyak menyimpan hanyalah sekadar untuk memenuhi tambang untuk kerjakan haji sahaja.pada yang ada duit tambahlah sompanan kerana seperti yang berlaku pada felda tidak mustahil akan berlaku pada tabung haji yang kerajaanakan umumkan dividen tinggi tahun harap harap tabung haji umumkan 10% bonus. Kita tunggu dan berdoa supaya hujung tahun nanti tabungghaji umumkan keuntungan bersar. pada masa itu siapa yang keluarkan simpanan tabung haji akan melopong dan menyesal.

    BalasPadam
  4. Saya harap pengurusan tabung haji saman aje mereka ni,kerana buat fitnah,mereka ni perosak bangsa MELAYU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping