Jumaat, Mei 08, 2015

Tengok muka Si Azmin tu tak puas je kenapa???
Sama ada puak - puak PKR tu nak terima atau tidak, itulah hakikatnya. Mereka perlu menerima keputusan itu dengan hati yang lebih terbuka dan bukan dengan pemikiran jumud semata - mata.

Penyusutan Majoriti yang puak - puak PKR tu miliki pada hari ini bukan kerana faktor hari pengundian dibuat pada hari bukan cuti. Tapi sebaliknya kerana rakyat dah tak percaya pada PKR.

Jika sebelum ini, kalau kita kata penurunan undian kepada YB Dato' Hasan Arifin, Ahli Parlimen Rompin yang baru disebabkan oleh faktor hari mengundi bukan hari cuti, puak - puak PAS tu tak terima.

Mereka kata, penyusutan dalam undian yang diterima oleh Barisan Nasional merupakan manifestasi rakyat menolak parti itu. Jadi, dalam keadaan yang sama, PAS juga perlu buat dakwaan yang serupa.

Takkan pulak diorang nak ubah cerita dan menafikan bahawa penyusutan jumlah bilangan undi kepada PKR dalam Pilihan Raya Kecil di Permatang Pauh kesan daripada rakyat yang menolak parti tu?

Namun, jika PAS tolak dakwaan tersebut, maka memang sah la yang diorang ni semuanya terdiri dari kalangan puak - puak MUNAFIK belaka. Cakap orang boleh, kena batang hidung sendiri, tak nak mengaku.

Tapi, apa yang lebih penting, kemenangan Si Wan Azizah tu di Permatang Pauh bukannya ada kaitan dengan isu GST atau pun isu perlaksanaan Hukum Hudud yang diperjuangkan oleh PAS.

Walaupun PAS Pulau Pinang sebelum ini menyatakan bantahan mereka secara terbuka kepada PKR yang menolak perlaksanaan Hukum Hudud, tapi ianya bukan menjadi faktor utama.

Dan sebab utama Si Wan Azizah tu menang juga tak de sebarang kaitan dengan jawatan yang disandang dalam PKR pada ketika ini. Dia menang bukan sebab dia Presiden PKR diperingkat Pusat.

Kalau tak percaya, tanya Azmin Ali. Sudah pasti Timbalan Presiden PKR tu juga akan mengakui bahawa kemenangan Wan Azizah tidak ada kena mengena dengan jawatan yang disandang olehnya.

Selain itu, Si Wan Azizah tu menang juga bukan kerana dia seorang pejuang yang mempertahankan kebajikan rakyat kerana rakyat dikawasan DUN Kajang pun masih lagi terabai.

Jika betul Si Wan Azizah tu menang kerana rakyat percaya yang kebajikan mereka akan dapat dipelihara, maka sudah pasti rakyat disekitar kawasan DUN Kajang tu sudah terbela nasibnya.

Namun malangnya, sehingga hari ini kebajikan rakyat dikawasan DUN Kajang tu terbiar begitu sahaja. Banjir Kilat masih lagi melanda kawasan mereka, maksiat masih lagi berleluasa.

Jadi, apa sebab Si Wan Azizah tu boleh menang di Permatang Pauh? Sebab dia isteri kepada Si Ketua Penipu tu. Itu je faktor utama yang membuatkan dia kembali bergelar Yang Berhormat Ahli Parlimen. Kalau tidak, jangan harap la!!! Duduk kat rumah, jaga anak cucu je la jawabnya!!!
Categories: ,

4 ulasan:

  1. bukan kerana gst tapi kerana najib banyak masallah ..masalah isteri dia sekarang ni plak masalah anak tiri dia minta tolong le najib turun sebentar kalau dah setel masalah pegang le balik jawatan pm tu la ni bagi yang lain jadi pm dulu tengok macamana .boleh tak? kami sayang umno sayang orang melayu..tolong lah .....................

    omahdak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak kan lah asyek nak tukar PM berkali2 beri beluau peluang jika kerana GST ubah caralain takkan tak ada jln keluar.

      Padam
  2. Sebab rakyat meluat dengan isteri najib.

    BalasPadam
  3. Sebab rakyat meluat dengan isteri najib.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping