Khamis, Mei 21, 2015

Mencegah lebih baik dari mengubati. Itu diantara ungkapan yang boleh dianggap sesuai buat puak - puak PAS pada ketika ini. Soalnya, kenapa dah berbogel baru diorang nak cari kain?

Kenapa sebelum kain diorang terlucut sebelum ini, diorang tak berusaha untuk menutup aib mereka daripada terus terdedah? Yang diorang sendiri pandai cari penyakit siapa yang suruh?

Hakikatnya, puak - puak PAS tu bukan hari ini baru diorang sedar mengenai kewujudan puak - puak Liberalis yang Pro Sekular dikalangan mereka sendiri. Tapi, kenapa diorang tak ambik tindakan?

Bukan ke sebelum ini pun kita dah mendedahkan salah laku yang dibuat oleh pemimpin - pemimpin tertentu dikalangan puak - puak PAS tu secara terang - teranga. Tapi kenapa diorang tak peduli?

Bukan ke sebelum ini sudah ramai dikalangan puak - puak yang Pro PAS tu sendiri yang membangkitkan isu tu. Tapi kenapa kepimpinan PAS peringkat tertinggi tidak mengendahkannya?

Itu yang membuatkan kita rasa pelik apabila Si Hadi Awang tu baru hari ini nak tampilkan diri dan menyatakan hasrat untuk 'MEMBERSIHKAN' diri mereka dari golongan Liberalis tu.

Kata Si Hadi Awang, pentas pemilihan Muktamar PAS kali ini akan menjadi medan untuk mereka membersihkan parti itu dari anasir - anasir sekular yang diperngaruhi oleh orang luar.
“Sejak saya aktif dalam PAS pada 1964, saya sudah melihat perbezaan pendapat ini berlaku apabila orang yang berhimpun dalam PAS terdiri daripada golongan pemikirannya yang maju, ada yang sederhana dan ada pula kumpulan yang menzalimi diri sendiri iaitu kumpulan yang suka mengambil kesempatan.

“Oleh itu apa juga berkaitan dasar, kita tidak berganjak manakala perbezaan pendapat kita akan bermesyuarat, maka keputusan mesyuarat akan kita terima, kepada ahli yang berpecah (tidak menerima keputusan) mereka perlu keluar daripada parti ini.


“Kita tidak bersetuju untuk menjadikan PAS parti sekular, ada dalam kalangan kita hendak buang perkataan Islam, tidak boleh bercakap pasal Islam, itu kita tidak boleh terima,” katanya.
Nah! Kembali kepada pokok persoalan yang dibangkitkan, kenapa sebelum ini dia sendiri tak ambik tindakan dan hanya mendiamkan diri sedangkan dia mempunyai kuasa untuk bertindak sedemikian?

Hakikatnya, dasar memejamkan mata dan memekakkan telinga yang diamalkan oleh Si Hadi Awang tu sendiri yang mengundang bencana kepada jemaah parti mereka sendiri dan membiarkan puak - puak yang menjaga soal kepentingan Politik Peribadi tu bermaharajalela!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Apek pergi jordon menuntut ilmu bukan intai si tzulaika

    BalasPadam
  2. DIA ORANG KATA "PAS FOR ALL" Dengan kenyataan dasar Si Hadig yg terbaru, "PAS FOR ULAMAK SAHAJA" LAIN perkataan, yg bukan ulama/yg tidak layak atau bukan berstatus ulama/non muslim jgn nak terhegeh-terhegeh nak "bersama" dengan "ULAMA" PAS kerana "golongan" bukan ulamak ni hanya akan " mengotorkan "P- Parti, A - Anggok, S- Sahaja).

    BalasPadam
  3. DIA ORANG KATA "PAS FOR ALL" Dengan kenyataan dasar Si Hadig yg terbaru, "PAS FOR ULAMAK SAHAJA" LAIN perkataan, yg bukan ulama/yg tidak layak atau bukan berstatus ulama/non muslim jgn nak terhegeh-terhegeh nak "bersama" dengan "ULAMA" PAS kerana "golongan" bukan ulamak ni hanya akan " mengotorkan "P- Parti, A - Anggok, S- Sahaja).

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping