Sabtu, Jun 27, 2015

Hah kau! Nak sangat beraya katanya. Tiga beranak sahaja dah sampai 60 pasang baju rayanya. Padahal hari ni baru masuk hari yang ke-sepuluh kita puasa. Baru nak habis fasa pertama.

Jangan salah faham pulak. Siar artikel ni bukan la nak kata yang kita ni bagus sangat. Tapi sekadar mengingatkan diri sendiri je. Kalau kita cakap banyak kang, orang akan kata, "Lantak dia la. Duit dia, bukan duit kita". Jadi, korang fikir sendiri le!!!
KUALA LUMPUR - Pelakon Rozita Che Wan telah menyediakan 20 pasang baju kurung untuk digayakan bersempena dengan Aidilfitri bulan hadapan.  
Rozita atau lebih mesra dengan sapaan Che Ta, 41, berkata, dia turut menyediakan jumlah sama untuk suaminya, Zain Saidin dan anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia lapan bulan. 
Ia menjadikan keseluruhan untuk  mereka tiga beranak ialah 60 pasang baju.
"Semua baju untuk hari raya sudah pun siap dan jumlah itu sebenarnya bukanlah hanya untuk dipakai pada hari raya sahaja tetapi ketika menghadiri jemputan rumah terbuka sepanjang sebulan Syawal. Paling penting bukan saya sahaja ada 20 pasang baju tetapi Zain dan Aaisyah juga," katanya.
Che Ta ditemui pada majlis berbuka puasa anjuran syarikat pengurusan Laugh Out Loud (LOL) Sdn Bhd di Hotel Sunway Putra di sini, Khamis. Tambah Che Ta, dia sebenarnya lebih teruja untuk melihat Aaisyah tampil bergaya di pagi raya kerana sudah lama menantikan saat tersebut. 
Jelasnya, persediaan untuk Aaisyah paling meriah memandangkan ini adalah tahun pertama dia dapat menyambut hari raya bersama anaknya itu.
"Teruja sebab akhirnya dapat saya beli dan pakaikan baju cantik-cantik untuk anak perempuan kerana sebelum ini asyik tengok orang lain sahaja. Sejak awal lagi saya sudah sediakan untuk Aaisyah malah kebanyakkan baju kami adalah dari rona sama," jelasnya.
Dalam perkembangan sama, Che Ta berkata, tahun ini dia terlebih dahulu beraya di rumah ibu mertuanya di Bukit Antarabangsa, Ampang di sini sebelum pulang ke kampung halamannya di Alor Star, Kedah. 
Kata Rozita, dia akan menghabiskan masa di Kedah selama lima hari sebelum kembali ke ibu negara untuk menyambung aktiviti seninya.
"Kami sekeluarga akan berkonvoi bersama beberapa adik-beradik lain pulang ke Kedah dan akan mengambil kesempatan ini untuk menziarahi sanak-saudara di sana. Tetapi pada hari raya pertama kami akan bersama ibu Zain di Bukit Antarabangsa terlebih dahulu," katanya.
Categories:

1 ulasan:

  1. Bilangan baju pun nak cerita kat orang..manusia banyak yang mental2 akhir zaman ni

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping