Selasa, Jun 30, 2015

Sekitar 20 orang mangsa kebakaran rumah di Bukit Puchong baru-baru ini hadir ke Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri Selangor bagi menyerahkan memorandum memohon penangguhan notis keluar daripada Dewan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Bukit Puchong.

Pengerusi Pertubuhan Aduan Rakyat, Datuk M. Chandrakumanan yang mengetuai penyerahan memorandum itu berkata mangsa kebakaran telah diberi notis sehingga jam 2 petang ini untuk keluar daripada dewan tersebut.
“Kalau tidak ada penangguhan hari ini, mangsa kebakaran akan berpindah ke tapak rumah mereka yang terbakar itu dan berkhemah di sana," jelasnya.
Walaubagaimana pun, memorandum tersebut GAGAL diserahkan kepada Menteri Besar Selangor, sebaliknya hanya berjaya diserah dan diterima oleh Ketua Setiausaha Sulit dia sahaja.

Dalam kejadian Jumaat lalu, MPSJ telah bertindak mengeluarkan barang mangsa kebakaran daripada dewan tersebut dengan alasan hendak digunakan untuk menjalan aktiviti kemasyarakatan.
“Pada Jumaat lepas, lepas dua jam kita berunding dengan MPSJ, jam 5 petang mereka masuk, mereka keluarkan semua barang, potong elektrik, air mereka tidak kisah. Cuma mereka tidak tarik mangsa keluarga sahaja
“Mana mereka hendak buka puasa? Kasihanlah, dewan itu dewan masyarakat. Takkan main badminton, bola lebih penting daripada beri tempat berteduh kepada mangsa kebakaran?,” katanya.
Dalam kejadian awal bulan lalu, sebanyak 10 keluarga hilang kediaman apabila rumah yang mereka duduki selama empat generasi hangus dalam satu kejadian kebakaran.

Tujuh keluarga yang terdiri daripada lima keluarga Islam dan dua India telah diletakkan di dewan sementara manakala tiga lagi keluarga Cina berteduh dirumah saudara mereka.

Selain itu, memorandum itu meminta kerajaan negeri menyelesaikan isu penempatan penduduk di situ seperti mana yang dijanjikan oleh MPSJ dan ahli Parlimen DAP-Puchong, Gobind Singh sejak 2008.

PS: Cakap banyak pun tak guna. Tapi memang jelas Si Menteri Besar Selangor tu 'Pemimpin Cap Ayam'. Nak terima memorandum dari rakyat pun dia TAKUT. Inikan pulak dia nak selesaikan masalah rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping