![]() |
| Belum sampai waktunya Si Nurul Nuha tu nak menjaja 'Air Mata Buaya' dia!!! |
Syukur Alhamdulillah. Masih panjang lagi waktu buat Si Ketua Penipu tu pada ketika ini. Harapan kita supaya dia menggunakan waktu yang ada ni sebaik yang mungkin dan tidak mensia - siakannya.
Kalau mengikut apa yang dinyatakan semalam, keadaan tenat Si Ketua Penipu tu telah dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan dijangka boleh keluar dari Hospital pada hari Jumaat nanti.
Walaubagaimana pun pada ketika ini, Si Ketua Penipu tu masih lagi ditahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan dijangka akan menjalani beberapa ujian sepanjang tempoh berada didalam wad.
Perkara tersebut telah dimaklumkan oleh isterinya yang juga merupakan Presiden PKR, merangkap Ahli Parlimen dikawasan Permatang Pauh dan juga ADUN bagi kawasan Kajang.
"Dia akan menjalani ujian skop walaupun keputusan ujian darah menunjukkan dia stabil. Saya lega dia kini dimasukkan ke wad," katanya kepada wartawan di pekarangan HKL.
Dalam erti kata lainnya, kemungkinan besar bontot Si Ketua Penipu tu pulak bakal dijolok dengan skop bagi melihat bagi memastikan sama ada terdapat kecederaan atau pun tidak. Ironik bukan?
Ketika ditanya mengenai kecederaan bahu yang dialami oleh Si Ketua Penipu tu sebelum ini, Si Wan Azizah tu mendakwa tidak ada sebarang pembedahan yang akan dilakukan setakat hari ini.
Sewaktu ditanya kepada anak sulung Si Ketua Penipu tu pulak, dia ternyata lega dengan situasi Papanya pada ketika ini walaupun bimbang dengan keputusan yang bakal diperolehi kelak.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah tu semalam, HKL memaklumkan tentang tahap kesihatan Papanya itu dalam keadaan stabil dan doktor pakar yang berkaitan akan merawatnya.
Kiranya, tak perlu la Si Nurul Izzah tu meroyan tak tentu arah bila dia dapat tau yang Si Ketua Penipu tu masih ada waktu yang secukupnya pada ketika ini. Seeloknya, dia bagi la nasihat apa yang patut kepada Papa dia tu supaya tidak terlewat!!! Ingat mengingati tu, ada baiknya jugak!!!


Kalau sayang papa, suruhlah papa taubat sebelum malaikat maut cabut nyawa papa dia. lebih2 lagi buat yang mengamalkan budaya kaum Nabi Lut yang dilaknat Allah, lebih parah lagi!!!!!!!!!!!
BalasPadamSaya tak berani cakap yg anwar tu mengamalkan budaya kaum Nabi Lut, tapi saya berharap sgt supaya anwar menggunakan sisa2 usianya dgn mendekatkn diri kpd Allah, Jika benar dia teraniaya Allah akan menyayangi di akhirat.Jika benar dia melakukan perbuatan terkutuk itu,Allah akan menempatkannnya dlm neraka jahanam
BalasPadamTok ya..ayat2 selalu menyinggung hati..tiada rasa belas pd org..siapa pun saudara Anwar awak tak boleh menghukum beliau dgn kata2 kurang enak. Kita tidak nampak semua kejadian..siapalah kita di dunia yg sementara ini...nasib kita belum tahu lg Pak Ya..bertaubatlah..sesungguhnya kami tidak suka dgn komen2 nagetif itu..bersangka baiklah..
BalasPadam