Selasa, Jun 09, 2015

Alamak ai!!! Kesian betul tengok nasib yang menimpa Si Menteri Besar Selangor ni. Sudah la masalah rakyat yang sedang dihadapi ketika ini pun masih belum dapat diselesaikan sepenuhnya.

Dari masalah longkang tersumbat, sampah sarap masih lagi bertaburan, sehingga la kepada masalah isu bekalan air yang tidak mencukupi untuk keperluan rakyat. Sekarang dah timbul pulak masalah lain.

Dalam menghadapi kekalutan diantara puak - puak PAS dan DAPigs tu yang semakin bertambah kronik sejak kebelakangan ini, Si Menteri Besar Selangor tu dilihat sedang dilanda dilema.

Dia kini terpaksa untuk membuat pilihan sama ada untuk memilih PAS atau pun DAPigs sebagai rakan sekutu didalam Rejim Pakatan Selangor. Desakan tu pulak datangnya dari kedua - dua belah pihak.

Jika sebelum ini, PAS menyatakan bahawa kedudukan mereka akan terjamin sekiranya Si Menteri Besar Selangor tu memilih mereka untuk kekal menjadi rakan sekutu dalam Rejim Selangor tu.

Tambahan pulak, yang memberikan sokongan penuh supaya Si Menteri Besar Selangor tu dapat merampas jawatan daripada Khalid sebelum ini adalah dari kalangan puak - puak PAS tu sendiri.

Jadi, memang logik la kalau PAS membuat tuntutan supaya Si Menteri Besar Selangor tu memilih mereka jika nak dibandingkan dengan DAPigs yang sebelum ini tidak akur dengan pilihan yang dibuat.

Tapi dalam masa yang sama, puak - puak DAPigs tu juga turut membuat desakan dan mencabar Si Menteri Besar Selangor tu agar membuat pilihan dengan memberikan kata dua kepadanya.
"Saya setuju. PAS mahu Azmin memilih parti mana yang beliau mahu. DAP juga berkongsi pandangan sama. Jadi, saya serahkan kepada Azmin untuk tentukan. 

"DAP akan bercakap dengan Azmin untuk melihat kedudukannya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Nah! Sekarang Si Menteri Besar Selangor tu memang sedang berada dalam keadaan tersepit. Pihak mana yang harus dipilih untuk menjadi rakan sekutunya untuk memerintah Selangor?

Adakah dia akan memilih atas dasar untuk memelihara Kebajikan Rakyat atau sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diri dia sendiri? Kalau dia setakat nak buat pilihan berdasarkan kepada kepentingan Politik Peribadi dia sendiri je, baik tak payah jadi pemimpin!!!
Categories: , , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping