Beberapa pemimpin Pas terutama kumpulan progresif yang tidak mendapat tempat pada pemilihan parti yang lalu, disifatkan gagal dalam ‘ujian teori perjuangan’ dilaung-laungkan mereka sendiri.
Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Pas Terengganu berkata, masa diorang ada jawatan, pandai pulak diorang keluarkan teori perjuangan itu dan kepada orang bawahan.
Tapi bila dah hilang jawatan, masing - masing mula meroyan tak tentu arah. Salahkan orang itu dan ini. Habis semua benda yang orang buat tak betul belaka. Itu membuktikan kegagalan diorang.
“Ketika menjadi orang besar, pelbagai teori perjuangan mereka beri kepada kita, tetapi apabila tiba masa untuk mengamalkannya, barulah kita tahu siapa pemimpin sebenar. Saya menilai dari sudut itu, beberapa pemimpin tidak lulus ujian teori itu,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai sesetengah pemimpin yang kalah terutama dari kumpulan progresif, yang masih mengkritik kepimpinan Pas secara terbuka walaupun pemilihan sudah sebulan berlalu.
Turut menggambarkan rasa tidak senang dengan sikap pemimpin yang masih bercakap negatif mengenai pemilihan dan kepimpinan Pas, kata Azman, lebih baik mereka diam untuk sementara
waktu.
Menurutnya, secara sedar atau tidak, sikap sedemikian memakan diri sendiri, menzahirkan karakter sebenar diri mereka dan menyempitkan peluang mendapat tempat dalam kalangan ahli Pas pada pemilihan akan datang.
Beliau turut mengingatkan kepada semua pihak yang terlibat, perwakilan yang membuat pemilihan adalah mereka yang terpilih dan tahu mengenai isu politik dalaman di peringkat PAS.
“Yang dipilih ke muktamar bukannya tidak tahu hujung pangkal, bukannya orang yang tidak tahu apa yang berlaku. Untuk muktamar tahunan PAS, sudah tentu perwakilan dipilih dalam kalangan yang terbaik. Apabila sudah buat keputusan begini, alangkah baiknya kita hormati,” katanya.
Kata Azman, semua pihak perlu beri peluang kepada kepimpinan baharu sehingga tempoh ditetapkan untuk bekerja, melaksanakan langkah baharu bagi memperluaskan sokongan terhadap PAS.
Tapi hakikatnya, puak - puak yang KALAH dalam pemilihan hari tu meroyan bukan sebab diorang hilang jawatan. Tapi sebab diorang TAKUT kepentingan Politik Peribadi diorang tergugat!!! Bagi diorang, itu je yang penting daripada nak memperjuangkan dasar parti sendiri!!!
PEMIMPIN DAP NYANYI LAGU KOMUNIS DI KONGRES
BalasPadamSteven Sim Chee Keong (PEMUDA DAP) mengaku menyanyikan lagu komunis dalam kongres Pemuda Sosialis DAP.
Lagu komunis yang dimaksudkan itu berjudul “Internationale”
“Sejarah asal usul lagu Internationale. Pemuda Sosialis DAP menyanyikan lagu ini semasa Kongress sayap pemuda tersebut,” kata Steven Sim dalam Facebooknya.. mymassa.blogspot