Sabtu, Julai 18, 2015

Cakap je pandai puak - puak Pakatan ni!!! Tapi bila dicabar suruh tampil dengan bukti, kecut buah kerandut dibuatnya!!! 
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggesa pihak pembangkang supaya segera membuat penafian yang mereka bertemu dengan bekas pengarah PetroSaudi International Ltd (PetroSaudi), Xavier Andre Justo untuk membeli maklumat sulit.

Sekiranya mereka tidak berbuat demikian ia sekali gus menunjukkan kepada orang ramai bahawa dakwaan itu adalah benar, katanya kepada pemberita semasa Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di sini, Jumaat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pengesahan polis Thailand yang mengatakan Justo telah mengadakan pertemuan dengan individu penting dalam pakatan pembangkang Malaysia sebelum menjual maklumat sulit milik syarikat itu.

Pada Khamis, jurucakap Polis Diraja Thailand, Pol Lt Gen Prawut Thavornsiri memberitahu sidang media di Bangkok bahawa Justo mengaku mengadakan pertemuan tersebut di Singapura.

Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD), Polis Thailand di pulau peranginan terkenal, Koh Samui, pada 22 Jun lepas, selepas PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Shabery berkta jikalau benar dakwaan bekas wartawan Leste Melanyi bahawa Sarawak Report memalsukan laporan tentang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), maka ia menunjukkan wujud satu konspirasi untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru-baru ini, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlanmengadakan sidang media untuk mendedahkan video yang mengandungi dakwaan Melanyi tentang bekas majikannya, Clare Rewcastle-Brown, memalsukan bukti bagi menyokong siri pendedahan portal berita itu tentang 1MDB.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping