Heh! Sekarang baru la kita tau kenapa Si Ahli Parlimen Pondan (Eh, Silap! Ahli Parlimen Pandan) ni kena saman dan didakwa dibawah akta Bafia bila dia mendedahkan maklumat sulit perbankan sebelum ini.
Tapi kita heran jugak. Takkan la orang yang sebijak Si Rafizi tu tak tau mengenai perkara tersebut? Kalau kita cakap pada Si Mahfuz Bean, logik akal jugak la jika dia kata dia tak tau mengenainya.
Mungkin kalau kita sebut pasal Akta Bafia, Si Mahfuz Bean tu mesti ingat ianya sejenis kuih yang biasa orang makan untuk menyambut Hari Raya sebab dia hanya setakat 'LULUS SRP' je.
Tapi takkan la budak yang dapat pembiayaan biasiswa penuh dari pihak Kerajaan macam Si Rafizi ni pun tak tau? Kan dah tak pasal - pasal je kemaluan dia didedahkan oleh Khalid Ibrahim.
KUALA LUMPUR – Pihak AmBank atau Bank Negara Malaysia (BNM) tidak boleh mendedahkan wujud atau tidak nombor akaun yang kononnya didakwa Wall Street Journal (WSJ) sebagai milik Datuk Seri Najib Razak.
Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bank berkenaan wajib merahsiakan maklumat peribadi pelanggan kerana isu itu tertakluk kepada Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA).
“Tiada sebab Najib atau mana-mana menteri boleh mengeluarkan arahan kepada AmBank atau BNM agar rekod bank seseorang individu disiarkan. BAFIA halang AmBank dan BNM dedah pemilik akaun kontroversi tersebut.
“Jadi tiada siapa apa boleh desak dua bank itu untuk dedah apa sahaja yang tertakluk di dalam Akta BAFIA, jika didedah, kepercayaan rakyat termasuk dunia kepada sistem perbankan negara akan musnah,” katanya.
Abdul Khalid mengulas kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang menggesa AmBank dan BNM mengesah atau menafikan sama ada nombor akaun yang didedahkan WSJ kononnya atas nama Najib benar-benar wujud.
Rafizi yang mungkin kurang faham mengenai peraturan berkenaan pada tahun 2013 pernah didakwa di mahkamah di atas pertuduhan melanggar Akta BAFIA kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan.
Tinggal lagi, kita tak pelik kalau Si Rafizi tu hanya berpura - pura macam dia tak tau bagaimana Akta BAFIA tu berfungsi. Sebab memang itulah perangai Si Rafizi ni. Dia memang suka mengelirukan orang lain demi menjaga kepentingan Politik Peribadi dia sendiri!!!
wesss x2 lah kang, ojo goblokkee wong melayu sak sukakk'eee waaeeeh,orak eelokk...
BalasPadamweis edan....nak ngaei opo.....
PadamMAT SABU NO IDEA, DIKATAKAN BELI PARTI 'KITA' DAN TUKAR NAMA
BalasPadamParti KITA itu telah dibeli dan ditukar nama kepada Democratic Islam Party (DIP), dakwaHazwan Faisal dalam Facebooknya hari ini.
“Pada minggu lepas, Parti KITA Malaysia telah dibeli oleh seorang korporat dengan harga RM140 ribu. Pembelian parti ini diurus oleh Ishak Surin, bekas Yang Dipertua PAS Batu.
“Parti ini kemudiannya akan diubah dengan nama Democratic Islam Party (DIP) dengan Presidennya Dr Sidiq Fadhil dan Timbalannya, Mat Sabu.
“Sebanyak 40 NGO Islam akan menyertai parti ini dan akan diumumkan selepas raya. Geng 18 akan menyusul kemudian.
“Didakwa Dato Mohd Asri @ Dr MAZA , Mufti Perlis, sedang dipancing menyertai parti ini,” jelas Hazwan Faisal berkenaan khabar angin yang sedang tersebar itu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, justeru itu satu parti baharu perlu ditubuhkan sebagai jalan penyelesaiannya.
“Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.
“Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam semalam, lapor The Malaysian Insider.
embentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.
“Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.
“Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu,” katanya.
Khalid berkata, pihaknya memberikan tempoh 100 hari kepada PAS sebelum ini bagi membolehkan parti itu kembali kepada suasana kukuh dan mantap dalam PR seperti sebelumnya.
“Tempoh 100 hari itu akan tamat pada 14 September depan. Jika PAS tidak berubah, kami terpaksa meneruskan agenda itu. Gerakan Harapan Baru. Matlamat kita nak wujudkan gabungan pembangkang yang mantap dan utuh,” katanya.copy paste mymassa.blogspot
APABILA PORTAL LUAR NEGARA MEROSAKKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA!! NEGARA IRAQ MUSNAH KERANA MEREKA!!
BalasPadamBILA PORTAL ZIONIS BERJAYA KUCAR KACIRKAN MINDA RAKYAT MALAYSIA, DIBANTU PULA DENGAN PORTAL PEMBELIT UTAMA DI MALAYSIA IAITU MALAYSIAKINI, MALAYSIAN INSIDER, TEAM CYBER PRO TUN SERTA PRO PAKATAN SERTA PAGE-PAGE POPULAR DI FACEBOOK, MAKA KEROSAKAN ITU SUDAH BERLAKU.
TETAPI TAK MENGAPA, KEBENARAN BUKAN MUDAH NAK DITEWASKAN, WALAU DIKALANGAN SYAITAN-SYAITAN PERSEPSI SEMAKIN SERONOK DALAM MENJAJA CERITA PALSU, MALAH DIBANTU PULA DENGAN SEGEROMBOLAN PENGHIRUP DANA-DANA HARAM, MAKA KERJA-KERJA JAHAT ITU DILAKUKAN DENGAN CUKUP MUDAH.
TETAPI HARUS DIINGAT, NAK MELAWAN KEJAHATAN MUSUH, PERANCANGAN KENA CERDIK, LICIK, TERSUSUN, MEROSAKKAN MEREKA DENGAN CARA CUKUP TERKESAN, BUKAN SATU KERJA YANG MUDAH.
DOSA TERAMAT BESAR AKHBAR/PORTAL THE WALL STREET JOURNAL KEPADA UMAT ISLAM IRAQ.
Mungkin ramai yang begitu teruja dengan pendedahan akhbar harian The Wall Street Journal tentang kemasukan dana sebanyak USD $ 700 juta ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak baru-baru ini. Masing-masing dengan megah berkongsi artikel WSJ kedalam akaun Facebook masing-masing mengandaikan Perdana Menteri akan tunduk dengan mainan WSJ ini.
Benar seperti yang pernah disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W bahawa manusia ini mudah lupa. Mungkin ramai yang lupa apa yang berlaku di Iraq dan Libya. Di Iraq, tiada lagi kita mendengar cerita keindahan kota Baghdad, pusat ilmu Islam suatu ketika dahulu.
Di Tripoli, tiada lagi keindahan pantainya menghiasi carta tempat menarik untuk dilawati. Semuanya kini hancur dijarah oleh Amerikaa Syarikat menerusi cerita-cerita yang direka. Siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini?
Jika kita masih ingat 2 siri Perang Teluk berlaku dan kebetulan perang ini diketuai oleh George H. W. Bush Senior dan anaknya George W Bush. Jika peperangan yang pertama kita dimomokkan dengan cerita Iraq menyerang Kuwait demi telaga minyak, tetapi Perang Teluk ke 2 lebih mendatangkan kehancuran secara total.
Pentadbiran White House menerusi Jabatan Pertahanannya, Colin Powell menyatakan Iraq menyimpan senjata pemusnah besar-besaran (WMD) yang dikhabarkan sistem peluru berpandunya boleh menghancurkan Tel Aviv. Dan paling utama Iraq juga dikhabarkan kepada kita menyimpan plutonium untuk membina peluru nuklear dan Allahyarham Saddam Hussien dikhabarkan mahu menghancurkan terus Israel dari peta dunia. Inilah alasan utama Iraq di serang buat kali kedua dalam 10 tahun.
BalasPadamSiapakah yang mula-mula sekali mengeluarkan andaian dan tuduhan Pentagon terhadap Iraq yang kini terbukti karut ini? THE WALL STREET JOURNAL adalah akhbar pertama yang menyiarkan kenyataan perisikan CIA dan laporan “separa masak” dari Colin Powell untuk menghalalkan perang di Iraq. Dan paling utama, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamed menghentam teruk sumber akhbar dari barat dengan mengatakan laporan akhbar dari barat merupakan penyumbang kerosakan nyata di seluruh dunia.
Mereka secara kosisten menyatakan Agensi Perisikan Pusat (CIA) mengesahkan bahawa Iraq menyimpan senjata ini di beberapa lokasi strategik dan paling banyak dilaporkan di Tikrit, bandar kelahiran Saddam sendiri. Setiap kali mereka menyiarkan berita ini, The New York Times akan memetik semula cerita ini dan di sebarkan ke seluruh rantau arab dan dunia.
Sewaktu Setiausaha Agung PBB pada masa itu, Kofi Annan menolak untuk kali pertama desakan Washington mahu menyerang Iraq, WSJ sekali lagi memainkan peranan menghentam Kofi dengan mengatakan beliau lembik dan takut mengambil keputusan demi keselamatan dunia. Akhirnya, selepas desakan hampir seluruh media di New York, satu draft resolusi membenarkan Amerika menyerang Iraq diluluskan dengan hanya Rusia dan China sahaja tidak menyokong.
Lihat sahaja permainan media WSJ. Mereka tidak memperdulikan kebenaran asalkan laporan mereka sentiasa dibaca dan ini dikhabarkan merupakan strategi melariskan jualan mereka. Apa yang dialami oleh Datuk Seri Mohd Najib boleh dikatakan senasib dengan apa yang dialami oleh Muammar Ghadaffi. Imej beliau yang boleh dikatakan “over reacted” pada setiap lawatan beliau keluar negara juga hasil dari serangan pertama WSJ.
Anehnya, mereka juga boleh “membersihkan” imej seseorang dengan laporan terbaik kepada musuh mereka. Ini yang dialami Ghadaffi sewaktu Libya kembali diterima oleh masyarakat dunia. Peristiwa rampasan pesawat Lockerby, Scotland seolah-olah begitu mudah dilupakan Amerika dan Britain apabila Ghadaffi kembali menghadiri sidang kemuncak PBB di New York.
BalasPadamDan WSJ sekali lagi menggunakan kuasa media mereka dalam menghalalkan pembunuhan Ghadaffi sewaktu Arab Spring 3 tahun lalu. Lihatlah percaturan akhbar ini dalam mengganggu urusan pentadbiran negara lain dan paling utama mengganggu negara Islam yang sedang progresif.
Jika di beberapa negara arab seperti Iraq, Syria, Lebanon, Libya dan Tunisia sudah menolak laporan dari sumber-sumber media barat sebegini, tetapi di Malaysia, begitu ramai mengambil terus laporan dari media ini tanpa sedikit pun memperdulikan nasib yang menimpa saudara seIslam mereka di Baghdad, Tripoli dan lain-lain lagi.copy paste headbomb.blogspot
PRU14.tv