Rabu, Ogos 12, 2015

Heh! Siapa kata hanya orang UMNO dan Barisan Nasional je yang tak puas hati dengan Si Menteri Besar Selangor ni? Hakikatnya, semua orang pun tak puas hati dengan cara dia memerintah.

Jika sebelum ini, isu berkaitan dengan soal bekalan air menjadi isu utama yang dibangkitkan dikalangan rakyat. Ramai yang melihat Si Menteri Besar Selangor tu GAGAL menanganinya.

Itu pun belum kita cerita bab sampah sarap dan juga longkang tersumbat yang pernah dijanjikan oleh Si Menteri Besar Selangor ni. Dia kata dia sendiri akan bertanggungjawab terhadap dua perkara tersebut.

Tapi sampai hari ini, penyelesaian yang dijanjikan masih tidak dapat dipenuhi sehingga mengakibatkan timbulnya masalah lain iaitu keGAGALan Si MB Selangor tu menangani masalah denggi.

Maka sebab itulah salah seorang Ahli Parlimen dikalangan puak - puak DAPigs tu bangkit mempertikai dan mempersoalkan tindakan Si Menteri Besar Selangor tu berhubung isu tersebut.
KLANG: Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini mengkritik pentadbiran Mohamed Azmin Ali selepas menteri besar itu gagal menangani beberapa isu penting di Selangor.

Ini termasuklah pengendalian masalah denggi yang mencatatkan sebanyak 89 kematian sehingga Julai ini, paling tinggi dalam rekod di negeri ini. Selain menyelar prestasi Azmin, pemimpin DAP itu juga 'pelik' dengan cara kerja exco-exco kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri dan PBT tidak bekerja sebagai satu sistem. Lucu apabila masing-masing tidak tahu apa yang terjadi. Pergi mesyuarat, tetapi bila ditanya, ahli Majlis (Mesyuarat Kerajaan Negeri) pun tidak tahu apa yang kerajaan negeri lakukan," katanya pada sidang media di pejabatnya di Klang, hari ini.

Charles turut merujuk kepada kerjasama kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang gagal menyelesaikan isu denggi dan menyebut Exco Kesihatan, Dr Daroyah Alwi seolah 'terbeban' dengan rekod kira-kira 40,000 kes gigitan aedes dicatatkan dalam tempoh lapan bulan tahun ini.

"Isu ini bukan lagi masalah kesihatan saja tetapi melibatkan alam sekitar, PBT dan perumahan. Mereka tidak boleh lagi tuding jari kepada kesihatan. Sebab itu Azmin mesti bertanggungjawab mempengerusikan satu jawatankuasa dan bukan hanya seorang exco saja perlu bekerja membunuh setiap pembiakan lava aedes.


"Azmin perlu mengumumkan hasil pemantauan setiap satu atau dua minggu dalam perkembangan mereka membanteras denggi. Dia perlu bertanggungjawab sebab dia ada kuasa atas PBT," katanya.
Tapi kena ingat jugak. Mungkin persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAPigs tu takde kaitan pun dengan masalah denggi yang melanda pada ketika ini. Mungkin dia ada muslihat lain.

Nak pulak bila Si Menteri Besar Selangor tu sampai hari ini masih lagi GAGAL untuk menyelesaikan kemelut kepimpinan diantara puak - puak PAS dan juga DAPigs di Selangor tu. Jadi, memang tak heran la kalau ada yang melabelkan MB Selangor ni sebagai Menteri Besar Cap Ayam!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping