Rabu, Ogos 12, 2015

Nampak gayanya, puak - puak Geng Haprak Baru yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu sekarang ni dah semakin terdesak, berkempen untuk mendapatkan sokongan dari kalangan ahli PAS.

Dan mangsa terbaru mereka untuk mengeruhkan lagi keadaan ialah ADUN PAS Kelaboran, yang didakwa mahu menyertai Geng Haprak Baru tu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Menurut ADUN tersebut, tindakan menyebarkan fitnah seperti itu adalah propaganda mereka yang mahu melemahkan kepimpinan DUN Kelaboran yang didukungnya sejak tahun 2004 lagi.
“Saya masih wakil rakyat Dun Kelaboran, masih bekerja untuk Pas. Jangan ada pihak yang sebarkan fitnah mengatakan saya tolak kepimpinan ulama,” katanya.
Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN tersebut dalam satu majlis penyampaian pelbagai bantuan daripada kerajaan Negeri di pejabatnya, di sini, petang semalam.

Sebelum ini, desas-desus pembabitan Mohd Zaki dalam gerakan kumpulan progresif Pas berlaku apabila namanya menjadi viral untuk hadir sebagai penceramah semasa majlis Pelancaran Harapan Baru 19 Julai lalu di Kota Bharu.

Bagaimana pun, Mohd Zaki telah menafikan penglibatan beliau dengan Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu dan sehingga kini masih tetap setia bersama dengan perjuangan PAS.

Dalam pada itu, Mohd Zaki juga turut mengingatkan kepada semua pihak, walau apa pun status penyebar fitnah itu sama ada ustaz mahu pun imam tetapi dosa membuat fitnah itu tetap sama.
Tak semestinya ustaz atau imam yang membuat fitnah mereka terlepas dari dosa, dapat masuk syurga. Kalau dah buat fitnah pada orang, sama saja dosanya dengan orang biasa membuat fitnah,” katanya.
Mohd Zaki mahu rakyat di dalam kawasan DUN Kelaboran ini membuat penilaian dengan bijak terhadap setiap penyebaran apa sahaja berita kerana ia akan memecah-belahkan perpaduan masyarakat.
Categories:

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping