Aduyai! Ingatkan dunia Politik je ramai yang mudah meroyan bila ada pihak yang didakwa menafikan dakwaan yang dibuat. Rupanya dalam dunia lakonan pun sama jugak ye?
Bila kisah kontroversi yang sengaja dibangkitkan oleh seorang artis ni dinafikan oleh tuan punya badan dan disindir oleh isteri kepada tuan punya badan tu, mula la artis tersebut meroyan.
Kata Si Isteri Tuan punya badan, Si Artis baru yang cetuskan kontroversi tu sengaja je nak buat cerita untuk menaikkan nama. Kiranya, Si Artis Baru tu sengaja je nak cari Publisiti Murahan.
Tapi memang serius beb. Kalau tidak kerana kontroversi yang ditimbulkan oleh Si Artis Baru tu, takde siapa pun yang tau siapa dia. Malah nama dia pun tak pernah ada orang dengar.
Mulanya, kita sendiri pun ingatkan Si Artis Baru tu seorang pelakon Soap Opera dari Negara Latin. Tapi bila baca ceritanya, baru la kita tau yang dia orang Malaysia. Ingatkan 'Minah Salleh' sesat.
Walau apa pun alasan yang diberikan, jika Si Artis Baru tu rasa tindakan yang dilakukan betul dengan pendedahan yang dibuat, failkan la saman. Jangan la dia pun ikut sama jadi Pengecut macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu!!!
(Artikel Berkaitan: Pembangkang Kecut Buah Kerandut!!!)
“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”
“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia (Fizz) jangan ganggu saya lagi”
“Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat yang sudah sabotaj kami,” jelasnya kepada Berita Harian. Nampaknya episod ini menjadi semakin panas dan kami mengharapkan pengakhiran yang positif.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.