PAS Selangor menyambut baik tindakan Ketua Pemuda PAS Shah Alam bersama 12 ajk Pemuda PAS Shah Alam meletak jawatan dengan menganggap ianya langkah berani berbanding pemimpin lain yang masih bersembunyi di sebalik jawatan dalam parti itu.
Setiausaha PAS Selangor berkata, pihaknya akan mengarahkan Pemuda PAS Negeri untuk mengadakan perbincangan segera bagi mengisi kekosongan semua jawatan tersebut.
“Susulan pengisytiharan peletakan jawatan beberapa AJK Pemuda PAS Shah Alam, kami menghormati pendirian mereka kerana perlembagaan parti membenarkan mereka berbuat demikian. Itu hak mereka, kita tahu arah tuju mereka.
“Kita ucap syabas. Itu lebih baik dan lebih berani berbanding mereka yang lantang bersama gerakan Harapan Baru tetapi masih bersembunyi di sebalik jawatan PAS.
"PAS Selangor akan meminta Pemuda PAS Selangor untuk mengisi kekosongan yang ada, menurut ketetapan perlembagaan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
13 AJK Pemuda PAS Shah Alam hari ini mengumumkan pengunduran dari jawatan berkuat kuasa semalam susulan suasana politik semasa di samping penolakan terhadap dasar kepimpinan parti itu.
“Nasihat kita kepada ahli PAS agar terus beristiqamah bersama parti yang telah menjadi parti Islam terbesar di Malaysia.
“PAS Selangor mengesahkan hanya dua Adun Pas di Selangor yang telah mengisytiharkan diri bersama Gerakan Harapan Baru dan kita menyerahkan nasib mereka kepada Pas Pusat,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, tindakan tersebut membuktikan bahawa mereka Jauh Lebih Bermaruah jika nak dibandingkan dengan pemimpin - pemimpin Geng Haprak Baru tu sendiri.
Mereka yang menjadi pemimpin tertinggi dalam Geng Haprak Baru macam Si Mat Sabu, Mujahid Rawa, Hatta Ramli bahkan Ahli Parlimen Shah Alam tu sendiri pun Kecut Buah Kerandut nak ambik tindakan tersebut sebab Malu dengan Bayang - Bayang mereka sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.