Rabu, Ogos 05, 2015

Gerakan Harapan Baharu (GHB) bukanlah sebuah perjuangan yang diwarisi daripada Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, kata Ketua Penerangan PAS Kelantan Datuk Mohd Nasuruddin Daud.

Beliau berkata Allahyarham Nik Abdul Aziz tetap bersama PAS walaupun parti itu pernah beberapa kali dilanda perpecahan.
"Allahyarham Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tetap dengan PAS walaupun ada Hamim (Parti Hizbul Muslimin Malaysia), ada Berjasa (Parti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia). Tok Guru (Nik Abdul Aziz) pun meninggal dunia dalam PAS.
"GHB tak selaras dengan perjuangan Allahyarham Nik Abdul Aziz walaupun ada dakwaan macam itu," katanya ketika berucap pada Ceramah Isu Semasa PAS di Markas PAS Kuala Krai di sini, Selasa malam.
Hadir sama Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Mursyidul Am PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan Naib Presiden PAS merangkap Timbalan Pesuruhjaya PAS I Kelantan Datuk Mohd Amar Nik  Abdullah.

Mohd Nasuruddin dalam ucapannya turut berkata DAP adalah sebuah parti yang 'cakap tak serupa bikin' dan mempergunakan PAS semata-mata untuk meraih kemenangan pada pilihan raya umum.
"PAS tak putus hubungan dengan DAP tapi DAP yang (mula-mula) putuskan hubungan dengan PAS (dalam pakatan pembangkang)," katanya.
Sementara itu, Tuan Ibrahim mempersoalkan tindakan GHB yang berterusan menyerang Kelantan walaupun ia adalah negeri pimpinan pembangkang.

Beliau berkata strategi berkenaan akan merugikan pembangkang kerana dilihat akan memberi kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
"Ramai penganalisa (politik) menganggap bahawa ini satu strategi yang tak betullah," katanya yang turut mempersoalkan mengapa GHB perlu menarik anggota PAS menyertai gerakan itu kerana ia tidak memberi sebarang nilai tambah kepada pembangkang.
Ditanya mengenai tindakan provokasi oleh beberapa bekas pimpinan tertinggi PAS terutama dari kalangan Anggota Parlimennya yang dilihat mencabar parti itu untuk memecat mereka, Tuan Ibrahim berkata pihaknya menggunakan kaedah 'pujuk  dan bincang' sebelum sebarang tindakan disiplin dikenakan terhadap mereka.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. KERANA PAS DAN PKR MELAYU BERPECAH BELAH. YANG UNTUNG BANGSA ASING.
    DAP YANG SAH ANTI ISLAM BOLEH DIPELUK OLEH PAS DAN PKR. MELAYU MAJORITI TETAPI LEMAH KERANA TAK BERSATU..PAS DAN PKR MEMANG BODOH MELAMPAU.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping