Rabu, Ogos 05, 2015

Kenyataan Ahli Jawatankuasa Gerakan Harapan Baru (GHB) Kamarudin Jaafar bahawa 'tiada keperluan untuk ahli PAS dalam GHB keluar parti' membuktikan pergerakan itu tidak berani menubuh parti politik baru.

Perkara itu telah ditegaskan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor, merangkap Exco Negeri.
"Kenyataan Datuk Kamaruddin Jaafar mengiyakan kenyataan saya sebelum ini bahawa kumpulan progresif PAS (yang menubuhkan GHB) tidak berani menubuhkan parti baru itu", katanya kepada Antarapos.
Iskandar sebelum ini berkata GHB sehingga kini tidak menubuhkan parti politik baru kerana tiada hala tuju dan kurang yakin berikutan masih mencari sokongan rakyat terhadap mereka.

GHB bukan sahaja berkali-kali menangguh penubuhan parti politik baru malah sehingga kini bekas pemimpin PAS yang menyertai gerakan itu enggan meletakkan jawatan dan keluar parti.
"Mereka telah mengangguhkan pelancaran (parti) beberapa kali. Mereka mendakwa akan menubuhkan parti baru tetapi tidak mahu keluar dari PAS.
"Saya menggesa kepada mereka (kumpulan progresif) yang bersama dengan GHB diatas alasan untuk menyertai parti baru agar meninggalkan GHB. Saya berharap mereka kembali bersama PAS yang begitu jelas halatujunya", ujar Iskandar.
Sabtu lalu, Iskandar yang Pesuruhjaya PAS Selangor berkata PAS sedia untuk menerima kembali kumpulan progresif berkenaan sekiranya hilang kepercayaan terhadap gerakan berkenaan. 

Sebelum ini Iskandar turut memberi amaran kepada kepimpinan GHB agar tidak mendekati mana-mana pemimpin atau ahli PAS untuk menyertai gerakan itu dan seharusnya mencari ahli lain untuk mengukuhkan kedudukan pembangkang di negara ini.

PS: Dalam erti kata lainnya, Geng Haprak Baru pimpinan Si Mat Sabu tu hanya sekadar pandai Gempak je! Tapi bila nak disuruh buat betul - betul, tak berani pulak!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. termaktub melayu berugama islam.umno memperjuangkan melayu lebih serasi ngan mlysia yg pelbagai kaum.dan tidak tersasar dari keuniversalan islam.itu yg kita mau.adil dan tak menzalimi sesiapa.
    tapi ada yang mahu kelihatan ranggi memgambil islam sebagai termaktub untuk dibawa kehilir-hulu sambil menjaja merekalah benar.
    nafsu politik menjadi harubiru.kemenangan hanya dilihat klu sokomgan orang bukan islam menderu.berlembut2 dgn mereka yng jelas kapir; tapi keras sesama orang islam lain di war war sebagai amal maaruf-dijulang islam progresif...(?)...seharusnya kita kena keras demi dihormati/memghormati.
    ghb benar2 keliru tammbah malang turut menglirukan lain orang.


    untuk kedua2 kaki 'maktub' ni tidak ada pilihan lain ke? yang dap takuti itu lah apa yang patut he he..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping