Kalau dah pada dasarnya puak - puak Geng Haprak Baru ni semuanya Gila Kuasa dan jawatan belaka, maka tak heran la kalau diorang anggap kepimpinan Ulama PAS ni sebagai 'Sampah'.
Jika dilihat dari satu sudut, itu pandangan yang diberikan sewaktu Geng Haprak Baru tu mengadakan sesi kempen di Rompin baru - baru ni dengan dakwaan yang bukan - bukan terhadap PAS.
Kata diorang, disebabkan konsep kepimpinan Ulama PAS itulah yang membuatkan mereka yang mempunyai karisma tersekat dan tidak mendapat tempat diperingkat yang lebih tinggi.
Malah kata mereka, percaturan PAS yang bertindak secara tersusun menyingkirkan golongan berkarisma dalam pemilihan yang diadakan sebelum ini telah menyebabkan perpecahan.
“Perkara ini telah saya suarakan dalam muktamar pada tahun 2009 yang ketika itu saya mewakili PAS Pahang meramalkan perpecahan itu akan berlaku. Pada tahun ini ramalan yang saya buat itu betul-betul berlaku apabila golongan yang buat kerja atau profesional ini semua gugur.
“Ia dirancang dengan begitu tersusun hingga (G18) tidak lekat langsung jawatan dalam muktamar baru-baru ini. Pemimpin dalam Islam tidak terikat dengan ulama sebaliknya dengan kebijaksanaan dan takwa,” katanya dalam Forum ‘Apakah Dan Mengapa Harapan Baru?’ anjuran Aspirasi Rakyat Marhaen (ARM) yang diadakan di Rompin Beach Resort (RBR) malam tadi.
Inilah masalahnya bila jadi Ahli tapi tak faham dasar perjuangan parti sendiri. Penyudahnya, mudah la diorang membuat kesimpulan dan nak menyalahkan orang lain tak tentu arah.
Masalahnya sekarang ni bukan soal konsep kepimpinan Ulama atau pemimpin tu berkarisma atau pun tidak. Tapi sebaliknya ini soal kesetiaan kepada dasar perjuangan parti tu sendiri.
Yang menjadi pertikaian sekarang ni kenapa masih ada pemimpin dikalangan puak - puak Geng Haprak Baru tu yang lebih cenderung menyokong soal kepentingan agenda orang lain?
Hakikatnya, pemimpin - pemimpin dikalangan puak - puak Geng Haprak Baru ni bukannya dari jenis mereka yang mempunyai karisma. Sebaliknya mereka adalah Pengkhianat yang hanya sekadar nak menjaga kepentingan Politik Peribadi diorang sendiri!!!
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.