Rabu, Ogos 05, 2015

PAS Pusat akan bermesyuarat pada Sabtu ini bagi membincangkan tindakan disiplin yang akan dikenakan terhadap anggota parti itu yang bergiat dalam pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Gerakan Harapan Baharu (GHB).

Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata kepimpinan tertinggi parti telah menerima laporan daripada setiap badan perhubungan negeri berhubung penglibatan anggotanya dalam gerakan itu.
"Kita telah kumpulkan maklumat daripada negeri-negeri dan boleh kata semua negeri telah menghantar laporan secara agak 'terperinci' tentang perkembangan GHB di negeri masing-masing. 
"Akan ada keputusan (terhadap anggota parti terlibat GHB) selepas mesyuarat PAS Pusat 8 haribulan ini," katanya ketika ditemui permberita selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Balai Islam Lundang di sini, Selasa.
Ditanya mengenai sejauh mana aktiviti GHB yang cuba melebarkan pengaruhnya di negeri ini, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan itu berkata ia masih tidak serius.
"Saya tengok pada mata kasar saya tak ada kesan yang besar walaupun kita tak nafikan ada orang-orang yang aktif untuk mengembangkan GHB dan ada orang PAS yang berminat (untuk menyertai GHB). Tapi setakat ini pada pengamatan kita, tak  serius. (Tapi) sebelum mereka menjadi parti yang rasmi tidak banyak komen kita boleh buat," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai pengisytiharan sumber dana parti sebagaimana yang dikemukakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, Mohd Amar secara peribadi berpendapat undang-undang itu wajar diikuti oleh mana-mana parti politik di negara ini.
"Bukan setuju, tapi kalau ada undang-undang kita akan patuh, sebab kita terikat dengan undang-undang. Jangan salah faham. Jangan tulis saya setuju pula, itu cerita lain. Benda ini kena rujuk kepada pimpinan ataslah. Tapi pada kitalah, kita lebih kepada sumbangan kutip derma daripada anggota parti," katanya.
Najib pada Sabtu lepas mencadangkan pengwujudan semula peraturan itu yang bertujuan memastikan parti politik lebih telus bukan hanya kepada anggota parti malah kepada penyokong parti masing-masing.
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping