PAS tidak akan mengerahkan ahli-ahli dan penyokong ke Himpunan Bersih 4.0 yang dijadual pada 29 dan 30 Ogos ini, sekalipun bercadang menghantar wakil sebagai menyokong tuntutan Bersih dalam aspek pilihan raya telus dan adil.
Setiausaha Agungnya, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata pendirian untuk mengerahkan ahli serta penyokong berikutan beberapa program yang sedang dirancang parti politik itu secara bersendirian.
Sekalipun, mengakui perhimpunan secara aman di mana rakyat dapat menyuarakan pandangan secara bebas dan tidak provokatif adalah amalan demokrasi yang tidak sewajarnya dihalang.
Namun, pada masa sama, tegasnya, ketenteraman awam dan kestabilan negara mesti dijaga dan ianya turut menjadi tanggungjawab semua pihak, termasuk kepada PAS sendiri.
“Tarikh Himpunan Bersih 4.0 yang berselang sehari dengan tarikh sambutan Hari Merdeka 31 Ogos adalah dirasakan tidak sesuai,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Selain itu, kata Takiyuddin, tarikh penganjuran Himpunan Bersih 4.0 juga bertembung dengan Siri Jelajah Munaqasyah ucapan dasar presiden dan Perhimpunan Istiqamah Hingga Kemenangan (Pihak) yang berlangsung di negeri-negeri pada setiap Sabtu dan Ahad, berakhir 3 Oktober depan.
Malah, pendirian Pas juga berdasarkan pertimbangan untuk mengadakan Kongres Rakyat pada 12 September depan, yang membabitkan ahli serta pimpinan Pas pelbagai peringkat di seluruh negara.
Turut dijangka terbabit, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), parti politik dan orang awam, bagi membincangkan pelbagai isu yang menjadi kepentingan bersama dan penyelesaiannya konstruktif.
menelah amaran najib tidak menunggu diandaikan jika umno terkubur senabagai tunjang memerentah negara ini melalui bn.cerminya terlihat jelas kpd apa yang sedang dilakukan oleh pendukung pembangkang skrg.mendambakan pr yng dipacu leh dap ikut kemahuanya,tanpa mengi
BalasPadamngatkan apa yang kita mahukan untuk malaysia sebagai negara memgongsi dasar 3r dan pentingya agama dihormati.negara ini berugama mestinya.
melayu terbiar.dikutakatikan agamanya.dap gembira semua ini berlaku.kebangsatan sebahagian melayu ini sekarang benar2 boleh membawa kerusakan terutama yg melaungkan islam tu ' rahmatan fil alammin' .
kebangsatan terserlah kerana tidak memgamalkan persaudaraan sesama islam itu lah sebagai keutamaan.wallahualam.